Gempar; Penemuan Rangka Naga Sepanjang 60 Kaki Di Sebuah Perkampungan Di China

Trending

Gempar; Penemuan Rangka Naga Sepanjang 60 Kaki Di Sebuah Perkampungan Di China

Baru-baru ramai netizen di gemparkan dengan sebuah video yang dimuat-turunkan mengenai penemuan rangka sepanjang 60 kaki di sebuah perkampungan di China. Rangka ini dikatakan merupakan rangka seekor naga; haiwan mitologi yang selalu diceritakan di dalam cerita rakyat/dongeng di sana.

Advertisement

Rangka yang dijumpai di sebuah kawasan lapang di Bandar Zhangjiakou, Wilayah Hebei Utara China ini telah mendapat perhatian dari ramai pihak di sana dan menjadi viral dan dilaporkan sudah lebih daripada 10 juta kali video ini dimainkan.

Namun begitu pihak berkuasa di sana menyatakan bahawa rangka naga yang ditemui itu adalah tidak sahih dan tidak menyangkal akan kemungkinan ia adalah perbuatan setengah pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan perhatian.

Jika benar-benar rangka ini adalah rangka seekor naga, penemuan ini boleh dikatakan penemuan yang paling besar sekali dalam sejarah. Namun begitu terdapat banyak gambar yang menunjukkan penduduk di sekitar kawasan itu yang mengambil gambar kenangan dengan duduk di atas rangka itu sambil tersenyum lebar; menguatkan lagi bukti bahawa rangka itu adalah bukan rangka seekor naga kerana perbuatan mereka yang tidak menghormati haiwan mitologi mereka itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...