Bagaimana Anda Boleh Belajar Buat Bisnes Bermula Dengan RM10 Ringgit

Trending

Bagaimana Anda Boleh Belajar Buat Bisnes Bermula Dengan RM10 Ringgit

Mesti terkejut kan? Gila ke apa buat bisnes dengan modal RM10 Ringgit? Itupun melalui komik? Macam tak masuk akal. Tapi itulah realiti sebenar. Sekarang semua sudah maju.

Advertisement

Kalau kini orang sudah boleh memasak melalui video youtube,apa salahnya belajar bisnes melalui pembacaan komik kan? Tak perlu panaskan bontot duduk dalam seminar 8 jam. Baca sahaja komik ni.

Komik Startup RM10 Ringgit Komik Pertama di Malaysia Bertemakan Bisnes

Bagi anda yang memang ‘kaki bisnes’ tapi bukan seorang ‘pendengar setia’ untuk berada di dalam seminar bisnes berjam lamanya, maka komik ini adalah jalan penyelesaian dan boleh membantu anda.

Sedikit kisah di sebalik komik bisnes Startup RM10 Ringgit ni :

Komik bisnes ini mengetengahkan 3 watak karakter untuk pembaca mudah paham berdasarkan situasi yang berlaku secara realiti.

Jalan cerita komik ini berkisarkan pendedahan mengenai apabila sesuatu individu itu berdepan dengan masalah yang menimpa, bagaimana cara untuk mempertahankan bisnes untuk terus berjalan seperti biasa.

Konsep bisnes model canvas(bmc) dalam komik ini diolah daripada tesis PHD Alexander Osterwalder dan diselia oleh Prof Yves Pigneur di universiti Lausannne, Switzerland.

BMC ini telah diperkenalkan kepada syarikat2 besar seperti Telenor, Ericsson, 3M, dan Deloitte. Malah pihak editorial komik ini membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang ingin menambah baik BMC ini.

Kenapa Usahawan WAJIB Baca Komik Ini?

Bagi anda yang bergelar USAHAWAN ataupun PENIAGA ONLINE, anda wajib dapatkan senaskah komik ini sebagai bahan bacaan ‘ringan-ringan’ di masa terluang kerana antara intipati penting dalam komik adalah mengenai 9 Perkara penting dalam Bisnes Model Canvas (BMC) yang anda perlu tahu iaitu:

#1 Rakan utama
Siapakah rakan utama bisnes? kita tak mungkin dapat melakukan segala perkara. Rakan utama adalah mereka yang membantu dalam bisnes kita.

#2 Sumber utama
Apakah sumber utama bisnes kita? infrastruktur, manusia, intelektual atau duit?

#3 Aktiviti utama
Apakah aktiviti2 utama bisnes kita? kenal pasti apakah perkara2 yang kita buat untuk membuat dan menjual produk kita.

#4 Struktur kos
Apakah kos2 penting dalam bisnes kita? ini termasuk kos tetap seperti sewa, tapak atau kedai dan kos berubah seperti komisyen kepada ejen penjual atau drophipper.

#5 Tawaran nilai
Inilah sebab2 kenapa pelanggan membeli dari kita dan bukan daripada bisnes lain

#6 Aliran pendapatan
Apakah aliran pendapatan bisnes kita? bagaimana nak dapat duit?

#7 Hubungan pelanggan
Apakah hubungan pelanggan bisnes kita? bagaimana memastikan mereka datang membeli lagi?

#8 Segmen pelanggan
Siapakah pelanggan yang kita sasarkan? umur, lokasi, pendapatan, kerjaya dan lain2? Apa yang mereka mahukan atau cuba elakkan(keperluan)?

#9 Saluran
Bagaimana pelanggan tahu tentang kewujudan bisnes kita? saluran bagaimana orang tahu dimana kita menjual dengan erti kata lain bagaimana mereka memperoleh produk kita?

Komik Ini ‘Bekalan’ Untuk Bakal Usahawan

Komik ini bakal membantu bakal usahawan di luar sana dengan efektif tanpa perlu – selain daripada business plan yang menulis tebal2 tapi fakta tidak tepat.

Antara ‘intipati’ yang bakal dibantu oleh komik ini ialah bagaimana cara menggunakan BMC yang sudah pasti menggunakan ujian lapangan (situasi bisnes sebenar).

Bila peluang datang di depan mata apa perlu di buat, langkah demi langkah yang akan berlaku, perkara yang bakal usahawan akan diuji dan cara-cara yang betul untuk mengatasinya. Komik ini terbuka kepada sesiapa yang ingin belajar selok belok dunia bisnes sebenar.

Idea Pencetus Komik Bisnes Startup RM10

Komik ini terhasil setelah penulis melihat ramai usahawan di luar sana tidak menggunakan konsep BMC. Malah penulis mendapati masih ramai yang tidak faham kenapa kongres sekolah bisnes sebelum ini dibuat.

Maka tercetusnya komik bisnes pertama yang mendedahkan keadaan, situasi dan cara sebenar dunia bisnes. Konsep komik ini sangat mudah di mana penulis akan memberitahu apa yang perlu dibuat, rancang dan cara mengatasinya.

Disebalik Tajuk Startup RM10 ringgit

Disebalik nama komik ini adalah bertujuan untuk menghantar satu mesej kepada bakal-bakal usahawan diluar sana bahawa bisnes sebenarnya boleh bermula dengan serendah 10 ringgit atau berdasarkan apa yang kita ada diperingkat awal. Malah untuk permulaan mulakan bisnes, elakkan buat pinjaman atau berhutang. Belajar dahulu mulakan bisnes dengan kos yang kecil sebelum melibatkan kos yang lebih besar.

Komik ini mula diterbitkan pada Ogos 2017 dan sudah terjual sebanyak 1000 unit.

Idea merangka komik ini bermula pada tahun 2015 dan berada dipasaran awal tahun 2017. Komik ini telah melalui banyak kali proses suntingan sebelum boleh dipublishkan.

Sebanyak RM 32,000 diperlukan untuk membawa dan merealiasasikan komik ini yang meliputi idea asal, konsep, penerbitan dan pemasaran.

Komik bisnes startuo RM10 ini adalah buku bisnes #1 yang mengetengahkan konten bisnes dalam bentuk komik dan pertamanya di Malaysia dalam bahasa melayu.Versi English bakal dilancarkan pada awal tahun 2018.

Komik bisnes ini dibangunkan oleh syarikat Startlah PLT yang mengetengahkan inisiatif untuk cipta konten yang bermanfaat dan dapat memberi inspirasi kepada orang lain.Setiap karya yang dihasilkan memfokuskan kearah inovasi dan kreativiti.

Bagi anda yang berminat untuk memiliki ‘naskah emas’ ini,boleh menghubungi di talian 011 3210 6411(yusry yusopp), 019 392 3953(zusuff kan) dan 016 329 2975(startlah hotline)

Diharapkan pada masa akan datang lebih banyak karya seperti ini dihasilkan bagi membantu usahawan di luar sana.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...