[Gempar] Kek Buah Berusia 106 Tahun Dijumpai Di Antartika, Kutub Selatan (Gambar)

Trending

[Gempar] Kek Buah Berusia 106 Tahun Dijumpai Di Antartika, Kutub Selatan (Gambar)

Baru-baru ini sekumpulan penyelidik dari badan kebajikan di New Zealand, Antarctic Heritage Trust telah berjaya membuat penemuan sebuah kek buah yang dikatakan berusia 106 tahun berdekatan kutub seleatan. Kek yang ditemui di sebuah pondok ini dikatakan masih berada di dalam keadaan yang baik dan mempunyai bau seolah-olah ianya masih baik untuk di makan.

Advertisement

Menurut ketua ekspedisi, Lizzie Meek kek itu adalah makanan bertenaga tinggi yang ideal bagi mereka-mereka yang membuat ekspedisi ke kutub selatan. Difahamkan bahawa kek ini telah dibawa oleh Kapten Robert Falcon Scott ketika ekspedisi ke kutub selatan pada tahun 1911.

Keadaan kek yang berada di dalam kotak ketika ditemui

Rupa kek setelah kotak dibuka

Menurut sebuah sumber, Kapten Robert telah berjaya menjejakkan kaki ke kutub selatan pada tahun 1912, akan tetapi Kapten Robert dan semua ahli ekspedisinya telah meninggal dunia di dalam perjalanan pulang akibat frostbite (radang dingin) kelaparan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...