Gempar! 14 Mayat Ditemui Di Rumah Bekas Polis Yang Juga Ketua Kumpulan Jenayah

Dunia

Gempar! 14 Mayat Ditemui Di Rumah Bekas Polis Yang Juga Ketua Kumpulan Jenayah

Sekurang-kurangnya 14 mayat yang ditanam dikeluarkan oleh pakar forensik di kediaman seorang bekas pegawai polis di El Salvador barat.

Menurut Menteri dan Keselamatan, Gustavo Villatoro, kesemua mayat ditanam secara berasingan di kediaman Hugo Ernesto Osorio Chavez, yang juga ketua kumpulan penjenayah.

Advertisement

Selepas jiran melaporkan kepada pihak berkuasa, bekas pegawai polis itu ditahan pada 8 Mei lalu kerana disyaki sebagai suspek utama kes pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya.

Tambah Villatoro, sampel asid deoksiribonukleik (DNA) turut diambil daripada penduduk sekitarnya yang melaporkan kehilangan keluarga terdekat dan berkemungkinan menjadi mangsa kes pembunuhan berkenaan.

Rumah suspek yang berdepan dengan ladang tebu, dikepung oleh polis untuk mengelakkan wartawan memasuki kawasan berkenaan.

Menurut AFP, pakar jenayah forensik, Israel Ticas proses menggali sekitar kawasan kediaman suspek akan diteruskan di bahagian rumah berkenaan dan akan masa lebih sebulan.

Proses mengeluarkan mayat yang ditanam

Hakim tempatan mengarahkan 11 individu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan jenayah yang dilakukan. Pada tahun lalu, 1,322 kes bunuh diri direkodkan di El Salvador iaitu secara purata, 20 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Menurut laporan rasmi, angka itu jauh lebih rendah berbanding 2019 dan terendah dicatatkan sejak berakhirnya perang saudara di negara itu pada 1992.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...