“Gempak Superstar Tu Tahun Bila Ya?” – Intan Liana Sangkal Kenyataan Ude Wahid?

“Gempak Superstar Tu Tahun Bila Ya?” – Intan Liana Sangkal Kenyataan Ude Wahid?

Semalam, pemuzik Ude Wahid mendakwa hubungannya dengan bekas isteri pertama iaitu Intan Liana Saleh, 29, telah bermasalah sejak dua tahun lepas. Dia juga mendakwa Intan telah mengaibkan dirinya sebagai suami dan meminta Intan menghentikan apa yang digelarnya ‘drama air mata untuk menagih simpati orang ramai’.

Melalui IG Story, Intan telah bertanya mengenai Gempak Superstar. Ini menimbulkan spekulasi Netizen bahawa Gempak Superstar yang pernah disertai oleh Izreen Azminda pada tahun 2016 ialah titik permulaan ‘hubungan bermasalah’ yang didakwa oleh Ude. Ude merupakan pemuzik dalam rancangan itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Netizen juga berspekulasi bahawa Ude dan Izreen telah bercinta sejak 2016 iaitu dua tahun lepas berdasarkan laporan Miss J di Utusan Online pada April tahun yang sama bahawa Izreen mempunyai kekasih baru tetapi terpaksa merahsiakan hubungan itu.

Izreen Azminda Ada Kekasih Baharu?

Rata-rata Netizen mempersoalkan kenyataan Ude Wahid dan ada yang menyatakan ia tidak berasas kerana anak bongsu mereka hanya berusia setahun. Malah mereka menyambut ulangtahun kelahiran dan hari raya sekitar Jun dan Julai tahun lepas dengan bahagia dan tanpa sebarang masalah seperti yang dizahirkan dalam dua video di bawah.

Seorang Netizen menulis:


Pasangan ini disahkan bercerai dengan talak satu semalam di Mahkamah Syariah Gombak Timur. Sebelum itu, Ude telah berkahwin secara rahsia dengan Izreen Azminda sekitar Ogos 2017 dan memfailkan perceraian buat isteri pertamanya Intan Liana pada 30 November 2017, dua minggu setelah rahsia itu diketahui Intan. – beautifulnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

73 Comments

  1. Anonymous

    March 23, 2018 at 4:08 pm

    Susah sangat kah nak minta maaf pada isteri dia. Dah lah ceraikan keluar statement takde hati. Patut dia lutut minta maaf pada mak anak anak dia sblm benda ni melarat. Kalau dia buat camtu, ada kemungkinan mereka cerai dgn elok. Ni si Izreen plak keluar statement awal awal bikin panas.

  2. thuglife

    March 23, 2018 at 3:38 pm

    org kalo dh x suka.. mmg akn cakap benda x guna otak.. kalo dah salah,dia akan cuba cari salah org lain dari apa yg oprg lain tu buat.. dia diam tu kononnya dia xde buat salahla.. Intan plak sementara masih masyuk nie, fokus cari duit utk anak2.. so xyah nak bebankan kepala cita mengarut ude tu. masyarakt pun boleh pk.. biaq pi laaa..

  3. melati

    March 23, 2018 at 12:59 pm

    ” Satu jer nk ckp, kalau Intan Liana baca.!!! baik awak Diam jer Intan liana , bekas laki ko pun bukan ader apa2 pun (Kais pagi jr) nk kata ader rupa , muka cam timun kena gelek pun ader , ko tumpu kan lah tudung ko semasa org byk Beli ni, meniaga jgn buang Masa ada peluang pulun cepat2..tu jer nk ckp ..kikiki

  4. Anonymous

    March 23, 2018 at 12:57 pm

    Kita tunggu dan lihat aje kesudahn izreen dan ude tu nti. Skrg xmau ckap byk. Tp lelaki mcm ude tu dah jelas2 lelaki xbertanggungjwb dn puas satu ganti baru.

  5. Anonymous

    March 23, 2018 at 12:51 pm

    masalahnya disini bukan intan x boleh nk move on tp pihak satu lagi takbur fitnah dia cuma nk perjelaskan je.