April 14th, 2016

Baru sahaja episod pertama, program realiti Gempak Superstar yang menampilkan 10 orang pelakon terkenal dicabar untuk menyanyi telah mendapat kritikan yang agak hebat daripada penonton.

Pada permulaannya ramai yang teruja ingin melihat pelakon kegemaran mereka menyanyi tetapi saat program tersebut disiarkan, nampaknya macam ada yang tidak kena daripada pengacara, peserta sehinggalah konsep program tersebut.

Ada antara netizen yang mengatakan Gempak Superstar agak hambar  dan mengkritik program Kilauan Emas Otai lebih menarik untuk ditonton. Dalam erti kata lain, ia seakan memalukan artis yang menyertai program berkenaan.

Berikut antara komen netizen mengenai program Gempak Superstar :-

Kami tidak sempat menonton program berkenaan, tetapi kata orang Siti Elizad dan Sherry Ibrahim yang paling menyerlah, betul ke?  Apa pendapat anda yang sudah menonton program ini? Best ke tak..


Comments are closed.

Loading...