Gempak & Sempurnakan Aidilfitri Anda Dengan 5 Rahsia Turun Temurun Ini!!!

Hiburan

Gempak & Sempurnakan Aidilfitri Anda Dengan 5 Rahsia Turun Temurun Ini!!!

Yeeehaaaa!!! Pejam celik pejam celik, esok lusa dah nak raya dah. Confirm korang semua tengah excited tak ingat kan? Dah setel ke belum semua persediaan? Jangan pulak last-last minute nie baru nak pergi cari semua benda. At least kuih raya, baju raya, kasut raya, songkok raya semuanya dah ready. Barulah awesome Aidilfitri kita kali ini.

raya bersama boh

kalau korang nak buat last minute shopping, Jalan TAR adalah pilihan terbaik di hujung-hujung Ramadhan ini

Bersempena Syawal kali ini, kami ingin kongsikan 5 rahsia turun temurun untuk menjadikan Aidilfitri anda lebih gempak dan sempurna. Rahsia turun temurun ini telah diceritakan oleh orang-orang tua dan telah diamalkan sejak berpuluh-puluh tahun dulu, sehingga ia telah menjadi satu tradisi.

Advertisement

tradisi teh boh

Untuk memastikan tradisi ini kekal utuh walaupun masa berubah, sudah tiba masanya untuk anda juga mengetahui 5 rahsia bagi memastikan Hari Raya Aidilfitri kita lebih gempak, lebih awesome dan lebih meriah!!!

1. Rendang kena ada “back up”

tradisi teh boh

Satu kesilapan yang sering dilakukan di pagi Aidilfitri ialah mengeluarkan semua rendang yang telah dimasak dan menghidangkannya di atas meja. Tup-tup belum sampai tengah hari kesemuanya telah selamat masuk dalam perut. Bila tetamu datang, rendang tak ada untuk dihidangkan. Pastikan korang ada simpan “back up” rendang di dapur untuk digunakan time-time emergency sebegini. Maruah keluarga tercinta harus dipelihara ketika menyambut kehadiran tetamu. No rendang no raya beb!!!

2. Sediakan duit raya yang secukupnya

tradisi teh boh

Duit raya adalah perkara TERPENTING di pagi Aidilfitri lebih-lebih lagi jika anda pulang ke kampung dan beraya dengan anak-anak buah, sepupu-sepapat dan juga atok-nenek. Amat memalukan sekiranya kanak-kanak beratur bersalaman tetapi KECEWA kerana tidak menerima sampul duit raya daripada anda. Satu langkah mudah untuk memastikan duit raya mencukupi adalah membuat senarai nama mereka yang bakal menerimanya seminggu sebelum raya. Barulah anda akan kelihatan bergaya dan macho menghulurkan duit raya di pagi Syawal tanpa risau tak cukup duit.


3. Buat jadual kemas rumah

tradisi teh boh

Apabila ramai-ramai berkumpul di kampung bersempena Aidilfitri, kena ada seorang yang mengambil tanggungjawab untuk membuat jadual mengemas rumah. Semua pihak perlu terlibat memastikan keadaan rumah sentiasa teratur, kemas dan bersih sepanjang hari, lebih-lebih lagi ketika tetamu hadir. Apabila dah ada jadual, barulah semua orang berlapang dada, tak bergaduh, tak bermasam muka dan gembira kerana tidak ada individu yang hanya berehat semata-mata.

4. Minum TEH untuk tenangkan diri

tradisi teh boh

Pagi 1 Aidilfitri pastinya kita kelam kabut menguruskan macam-macam benda. Tetamu nak dilayan, baju raya nak kena gosok, anak-anak nak kena siapkan dan macam-macam lagilah. Memang serabut kepala dibuatnya. Satu cara mudah untuk menenangkan diri bagi memastikan sambutan Aidilfitri kita berjalan lancar dan mudah ialah meminum TEH. Dan sudah pasti jenama TEH yang terbaik dan pilihan ramai rakyat Malaysia adalah BOH.

tradisi teh boh

Sekali kita hirup teh BOH yang panas itu, badan akan terus segar. Baunya yang wangi akan menenangkan minda kita. Selain itu meminum teh juga bagus untuk memastikan penghadaman kita lancar selepas memakan pelbagai jenis lauk pauk. Tak adalah sesak sangat tandas di kampung itu. Tak gitu?

5. Berkumpul seluruh keluarga di pagi 1 Syawal

tradisi teh boh

Sesungguhnya kenikmatan, keindahan dan kegembiraan Aidilfitri ialah apabila kita semua seisi keluarga termasuk ayah ibu, adik beradik , atok nenek, pakcik, makcik, sepupu-sepapat dan anak-anak buah dapat berkumpul di pagi 1 Syawal. Memanglah suasana akan jadi bising, kelam-kabut dan kecoh, namun inilah erti sebenar Aidilfitri. Masa inilah kita nak berborak sakan sambil meminum teh BOH, bertanya khabar, meminta maaf dan melepaskan rindu di dada. Keluarga adalah segalanya dan hari Raya ini adalah masa untuk kita semua berjumpa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...