Gempa Di Lombok Mengorbankan Dua Rakyat Malaysia

Trending

Gempa Di Lombok Mengorbankan Dua Rakyat Malaysia

Satu lagi kejadian yang mengorbankan orang Malaysia di Lombok Indonesia akibat gempa bumi yang berlaku baru-baru ini. Perkara tersebut disahkan oleh Kementerian Luar Negeri Malaysia menerusi satu kenyataan terbaru susulan bencana tersebut.

Advertisement

Sekurang-kurangnya dua orang rakyat Malaysia terkorban iaitu, Lim Sai Wah yang masih belum memperolehi maklumat lengkap. Dan seorang lagi, Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran 5.0 pada skala richter.

Hanya dua orang sahaja warga Malaysia yang terkorban, tujuh orang yang mengalami kecederaan sedang menerima rawatan di hospital manakala 13 orang terselamat.

Kesemua mereka adalah sekumpulan 22 orang warganegara Malaysia yang berada di Air Terjun Tiu Kelep Senaru, Lombok Utara ketika bencana itu berlaku pada 3.07 petang waktu tempatan.

Rakyat Malaysia dinasihatkan sentiasa untuk tenang dan mematuhi arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Sementara itu, Gabenor Nusa Tenggara Barat, H. Zulkieflimansyah dipetik agensi berita Antara, berkata pihak berkuasa tempatan sedang menguruskan kedua-dua rakyat Malaysia yang terkorban itu untuk dibawa pulang ke Malaysia hari ini.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...