Amaran tsunami dikeluarkan di Chile, Peru dan Ecuador susulan satu gempa bumi berukuran 8.2 magnitud yang menggegar lautan di luar pantai Chile hari ini, menurut kenyataan pegawai di Amerika Syarikat.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 8.46 malam waktu tempatan (2346 GMT) di kedalaman 10 kilometer, 83 kilometer dari Iquique di utara Chile, kata Pusat Geologi Amerika Syarikat.
Amaran tsunami telah dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii.
Pihak berkuasa Chile turut mengeluarkan amaran yang sama.
Pada Februari 2010, bahagian tengah dan selatan negara itu dilanda gempa bumi besar berukuran 8.8 magnitud diikuti tsunami yang memusnahkan beberapa bandar di negara tersebut.
Lebih 500 terbunuh dan melibatkan kerosakan lebih ASD30 bilion pada infrastruktur negara itu.