Sebuah robot wanita yang mampu berkata-kata dan menyanyi serta menunjukkan 65 ekspresi wajah telah mengagumkan sekumpulan individu ketika ia dipamerkan di China.
Geminoid F boleh senyum dan juga menunjukkan ekspresi muka keliru, menggunakan penggerak mekanikal di sebalik kulit wajah yang diperbuat daripada getah. Pencipta Geminoid F mendakwa, matlamatnya ialah untuk menghasilkan robot yang boleh membuat orang percaya yang ia ialah manusia yang sebenar.
Geminoid F dihasilkan oleh Hiroshi Ishiguro, seorang pembuat robot terkenal di Universiti Osaka di bahagian Barat Jepun, yang android ciptaannya mampu mencapai harga USD 1.2 juta.
Bagaimanapun, Geminoid F lebih murah, hanya berharga USD 110,000, dan ini memberikan Ishiguro harapan yang ia akan membawa teknologi robot ini lebih dekat dengan arus perdana.
Ia boleh tersenyum, mengerutkan kening dan menggerakkan mulut – walaupun ia selalu kelihatan ‘enggan’.
Geminoid F dilengkapkan dengan 12 penggerak bermotor, dikuasakan oleh tekanan udara yang membolehkannya ‘menyalin’ ekspresi wajah manusia.
Prof Ishiguro telah mereka bentuk beberapa buah robot yang kelihatan seperti manusia sebelum ini, dan salah satunya serupa dengan dirinya sendiri.
Profesor tersebut pernah berkata yang suatu hari nanti robot akan memperdaya manusia yang ia juga manusia.
Apa itu manusia?’ Tanya beliau. ‘Tolong jelaskan, dan kami akan menghasilkan satu salinan.’ – Dailymail UK