Pengacara dan juga pelawak, Harith Iskander sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana mengambil anjing betina sebagai haiwan peliharaan angkat dalam keluarganya.
Berikutan itu, ramai netizen yang memberi pendapat malah ada yang menghentam Harith Iskander dengan memberi komen secara melampau. Walau bagaimanapun, Harith Iskander dan isteri meluahkan rasa gembira kerana dapat menjaga dan merawat anjing betina yang diberi nama Marvella itu.
Dalam entri terbaru Harith Iskander di laman Instagramnya meluahkan rasa bersyukur dan gembira serta merakam kenangan manis bersama Marvella di IGTV.
Dalam kapsyen panjang entri berkenaan, Harith juga enggan memberi komen balas netizen yang menghentam dirinya kerana perkara itu sudah dijangka sejak awal lagi. Namun, dia turut berterima kasih kepada mereka di luar sana yang memberi sokongan dan rasa simpati terhadap apa yang terjadi kepada Marvella.
“Saya akan terus membantu kerana agama Islam yang saya percaya selama ini membenarkannya atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. Perbuatan saya menjaga anjing ini dan cara saya menjaga dan mengurus iman saya seharusnya tidak mempengaruhi orang lain dengan cara mereka menjaga iman mereka,”
Terdahulu, Harith dan isteri, Dr. Jezamine mengambil keputusan untuk membela Marvella pada 23 Jun yang lalu. Anjing tersebut yang sebelum ini telah diselamatkan oleh seorang sukarelawan 2 tahun lalu dijumpai dalam keadaan menyayat hati dan telah kehilangan dua kaki hadapan kerana didera oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.

Anonymous
July 3, 2020 at 10:15 pm
TQ HARITH ISKANDAR N WIFE.
Anonymous
July 3, 2020 at 1:33 pm
Kesian baca komen, org lain yg pegang, org lain yg salah faham, org lain yg bodoh, org lain yg menyamar Ustaz….
Ustaz2 jugak dilabel berdosa, melayu2 jugak dikatakan salah.. Ish2 ceteknya akal. Dikata sibuk isu viral tapi xnak sibuk Isu2 besar..
Malaysia xde kementerian2, pihak berkuasa, pejabat agama2, NGO ke nak tangani isu2 lain?
Menegur dan menangani benda2 kecil atau besar tugas satu golongan je ka? Org lain xnak buat jugak?
Tunding jari mudah, tolong buat tak nak
#BukanSemuaOrangSuci
#EhAkuOrangJugak
barwa
July 3, 2020 at 10:21 am
ustaz melayu should stick to issues yg remeh temeh seperti kawen 4, app face swap, jantina sajat, bmf…dll. Issues seperti hal hal human rights, animal abuse, social justice, corruption adalah subject yg tak tercapai minda mereka.
Anonymous
July 3, 2020 at 10:30 am
hanya kerana 1-2 yang kau tak berkenan jgnlah label semua. ustaz/guru tinggi martabatnya apatah lg yg mengajar agama Allah. minda konon2 advance tapi masih ditangkuk pemikiran ‘nila setitik’.
Anonymous
July 3, 2020 at 11:10 am
Sifu, saya mau belajar sama u lah Ustaz barwa. I trust u, xmau layan Ustaz melayu. Brapa aaa itu cost sebulan belajar sama u?
tak semua ustaz suci
July 3, 2020 at 12:17 pm
setuju. sibuk isu viral je. tade pon nak sentuh pasal kekejaman terhadap haiwan. sebab nak naik nama kot nak tumpang famous. ‘Anonymous’ yang komen ustaz tinggi martabatnya sesetengah je. ada je ustaz rogol student, tinggal bini masa tgh sarat mengandung. so tak payah nak agungkan sangat. macam ebit lew tu boleh sebab die tak pernah kecam orang macam die je bagus. die tak hina orang n tak rasa martabat die tinggi pon.
Anonymous
July 3, 2020 at 5:44 pm
to ‘tak semua ustaz suci’.. betul guru sangat tinggi martabatnya. tapi kau faham tak maksud aku? disebabkan segelintir yg rogol student, tinggal bini, syaitan bertopeng takkan kau nak sekali harung anggap semua ustaz melayu tu jahat dan bangang? dan menghina golongan tersebut disebabkan kebodohan segelintir pihak tadi tu? aku pun x pernah mengagungkan golongan syaitan bertopeng manusia ni. kau ni lah stok2 yg menilai susu sebelanga tu buruk disebabkan kehadiran nila yg setitik tu.