Pengacara dan juga pelawak, Harith Iskander sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana mengambil anjing betina sebagai haiwan peliharaan angkat dalam keluarganya.
Berikutan itu, ramai netizen yang memberi pendapat malah ada yang menghentam Harith Iskander dengan memberi komen secara melampau. Walau bagaimanapun, Harith Iskander dan isteri meluahkan rasa gembira kerana dapat menjaga dan merawat anjing betina yang diberi nama Marvella itu.
Dalam entri terbaru Harith Iskander di laman Instagramnya meluahkan rasa bersyukur dan gembira serta merakam kenangan manis bersama Marvella di IGTV.
Dalam kapsyen panjang entri berkenaan, Harith juga enggan memberi komen balas netizen yang menghentam dirinya kerana perkara itu sudah dijangka sejak awal lagi. Namun, dia turut berterima kasih kepada mereka di luar sana yang memberi sokongan dan rasa simpati terhadap apa yang terjadi kepada Marvella.
“Saya akan terus membantu kerana agama Islam yang saya percaya selama ini membenarkannya atas dasar kemanusiaan dan belas kasihan. Perbuatan saya menjaga anjing ini dan cara saya menjaga dan mengurus iman saya seharusnya tidak mempengaruhi orang lain dengan cara mereka menjaga iman mereka,”
Terdahulu, Harith dan isteri, Dr. Jezamine mengambil keputusan untuk membela Marvella pada 23 Jun yang lalu. Anjing tersebut yang sebelum ini telah diselamatkan oleh seorang sukarelawan 2 tahun lalu dijumpai dalam keadaan menyayat hati dan telah kehilangan dua kaki hadapan kerana didera oleh manusia yang tidak bertanggungjawab.