Selepas bergelar isteri, sepertinya Mira Filzah lebih senang meluangkan masanya bersama suami, Wan Emir. Pun begitu, bukan lah sudah tidak aktif, namun wanita itu nampaknya telah mengurangkan aktiviti seninya.
Menyedari mengenai hal tersebut, seorang peminat telah mengaju soalan tentang kariernya yang kian perlahan menerusi ‘Instagram Q&A’ baru-baru ini.
Tidak melatah, Mira menyatakan bahawa dia sendiri membuat keputusan untuk menghadkan aktiviti seni bagi memberikan tumpuan lebih kepada suami dan keluarga.
“Bergantung pada anda nak menilai bagaimana dari sudut populariti itu. Mira rasa Mira dah bekerja kuat sangat sejak tahun 2016 sampai 2019. Kerja, kerja dan kerja. Shooting back-to back, non-stop. Bila dah kahwin ni, Mira sendiri rasa Mira patut susun jadual dengan lebih baik, agar ada ruang dan masa untuk suami dan keluarga. Saya perlu hadkan diri daripada penggambaran dan saya gembira melakukannya. Mira gembira ada masa bersama suami. InshaAllah kalau nanti ada rezeki, ada baby, lagilah.”
View this post on Instagram
Pun begitu, Mira menegaskan bahawa dia masih lagi belum puas berlakon dan akan meneruskan karier itu pada masa akan datang.
“Di akhirnya, awak yang akan memilih untuk diri sendiri. Apakah keutamaan dan kemahuan awak di dalam hidup. Nak kata sudah puas berlakon, tidaklah. Banyak lagi Mira nak cuba. InshaAllah Mira akan terus berlakon, bergantung pada kesesuaian masa.”
Yang penting Mira dan suami bahagia kan?