Pemuda bernama Mohd Nazriq ni. Dia mempunyai sakit perut kronik kerana suka menahan lapar dan tidak mengikut jadual pemakanan yang betul. Harap ia boleh jadi pengajaran pada semua orang.
Gemar tidak bersarapan pagi, tahan lapar, akhirnya
Sampailah satu hari tu perut saya sakit sangat dan doktor sahkan saya kena gastrik. Bila pemeriksaan secara menyeluruh dilakukan, saya tak sangka ia juga beri kesan kepada usus saya sehingga terpaksa menjalani pembedahan.
Saya sebelum ini bekerja di sebuah hotel di Kulai dan masa makan saya tidak menentu. Saya juga sering mengambil makanan pedas dan disebabkan itu usus saya jadi luka.
Perut terpaksa ditebuk..
Tambah Mohd Nazriq lagi, perutnya terpaksa ditebuk untuk memudahkan proses pembuangan air besar dan dia harus menjalani pembedahan sekali lagi untuk mengetahui keadaan ususnya.
Dapat bantuan
Lawatan yang diadakan ini merupakan rutin yang sering dijalankan oleh saya setiap minggu. Menerusi lawatan ini saya dapat mendekati golongan yang memerlukan selain dapat menyalurkan bantuan dalam kadar segera berdasarkan keperluan.
Apa yang diharap Mohd Nazriq dapat sembuh seperti sedia kala.
Sumber: Sinar Harian