Gemar Makan Pedas Dan Berminyak Hingga Rasa Sakit Tulang Belakang, Rusuk & Abdomen? Segera Jumpa Doktor..

Trending

Gemar Makan Pedas Dan Berminyak Hingga Rasa Sakit Tulang Belakang, Rusuk & Abdomen? Segera Jumpa Doktor..

Selebriti tanah air, Awal Ashaari telah berkongsi detik menyakitkan apabila beliau diserang oleh kesakitan yang amat disebabkan batu di dalam hempedunya.

Advertisement

“Selamat berkenalan dengan culprit ini.vBatu ini telah dikeluarkan dari dalam hempedu saya oleh doktor George, PCMC. Terima kasih doktor!”, tulisnya di Instagram.

Kalau sekilas pandang, batu itu betul-betul besar!

Awal turut menasihati orang ramai yang pernah merasa beberapa simpton selepas makan pedas atau berminyak supaya pergi berjumpa doktor.

“Jadi, sesiapa yang sakit tulang belakang, tulang rusuk dan abdomen selepas makan pedas atau makan makanan berminyak, tolong pergi periksa!

“Selalunya, bila kena serang, saya akan berpeluh satu badan, sakit yang amat sangat sampai berguling-guling.

“Mula-mula sikit, lama-lama akan mudarat dan kena kejar pergi hospital.” tulis Awal dengan mengakhiri postingnya itu dengan hashtag #gallstones #gallbladder #gallbladderless.

Sebelum ini, Awal Ashaari mengucapkan rasa gembiranya selepas berjaya mengeluarkan batu tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...