Gemar Makan Otak Lembu? Ini Sebab Anda Patut Elakkan Makanan Istimewa Ini

Trending

Gemar Makan Otak Lembu? Ini Sebab Anda Patut Elakkan Makanan Istimewa Ini

Bersempena Raya, banyak makanan yang jarang ditemui mula kelihatan. Antaranya lemang periuk kera dan gulai otak lembu. Namun tahukah anda, walaupun dianggap makanan istimewa, anda sepatutnya tahu mengenai risiko makan makanan ini?

Seorang pengguna Twitter memberitahu, walaupun sedap, seseorang patut mengelak makan otak lembu kerana ia boleh menyebabkan penyakit prion.
Image result for otak sapi gulai minang

Advertisement

Bovine Spongiform Encephalopathy atau dikenali sebagai penyakit ‘Lembu Gila’ ialah satu penyakit zoonotik yang tiada ubat dan boleh membunuh anda. Ia penyakit otak lembu dan biri-biri yang boleh dijangkitkan kepada manusia dengan makan otak yang tercemar. Anda patut elakkan makan otak lembu jika mahu selamat.

Benar ia jarang ditemui tetapi ia juga jarang dilaporkan kerana ia penyakit Prion yang selalunya tidak didiagnosis. Simptom serupa seperti kemurungan, dan penyakit psikiatrik lain seperti nyanyuk, dan kerosakan neuro-kognitif yang progresif.

Image result for resep otak sapiAda yang bertanya sekiranya sudah direbus, tidak mungkin virus tersebut tidak mati?

Namun begitu, sebenarnya penyakit ini bukan dijangkitkan  melalui virus, tetapi protein mempunyai rintangan terhdap haba, radiasi dan juga rawatan formalin. 

Ini bermakna, anda mungkin telah terjangkit penyakit ini tanpa diagnosis. Mengikut statistik, tiada siapa yang terselamat setelah terjangkit penyakit ini.

Walaupun penyakit ini amat jarang ditemui terutamanya di benua Asia, namun tidak salah berhati-hati, bukan? Makan bahagian-bahagian lain pada lembu pun sedap juga.  Penulis lebih suka makan gulai kikil saja. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...