Bersempena Raya, banyak makanan yang jarang ditemui mula kelihatan. Antaranya lemang periuk kera dan gulai otak lembu. Namun tahukah anda, walaupun dianggap makanan istimewa, anda sepatutnya tahu mengenai risiko makan makanan ini?
Seorang pengguna Twitter memberitahu, walaupun sedap, seseorang patut mengelak makan otak lembu kerana ia boleh menyebabkan penyakit prion.
Bovine Spongiform Encephalopathy atau dikenali sebagai penyakit ‘Lembu Gila’ ialah satu penyakit zoonotik yang tiada ubat dan boleh membunuh anda. Ia penyakit otak lembu dan biri-biri yang boleh dijangkitkan kepada manusia dengan makan otak yang tercemar. Anda patut elakkan makan otak lembu jika mahu selamat.
Benar ia jarang ditemui tetapi ia juga jarang dilaporkan kerana ia penyakit Prion yang selalunya tidak didiagnosis. Simptom serupa seperti kemurungan, dan penyakit psikiatrik lain seperti nyanyuk, dan kerosakan neuro-kognitif yang progresif.
Ada yang bertanya sekiranya sudah direbus, tidak mungkin virus tersebut tidak mati?
Namun begitu, sebenarnya penyakit ini bukan dijangkitkan melalui virus, tetapi protein mempunyai rintangan terhdap haba, radiasi dan juga rawatan formalin.
Ini bermakna, anda mungkin telah terjangkit penyakit ini tanpa diagnosis. Mengikut statistik, tiada siapa yang terselamat setelah terjangkit penyakit ini.
Walaupun penyakit ini amat jarang ditemui terutamanya di benua Asia, namun tidak salah berhati-hati, bukan? Makan bahagian-bahagian lain pada lembu pun sedap juga. Penulis lebih suka makan gulai kikil saja. – amazingnara.com