Gemar Kongsi Resepi, Suri Rumah Berbangsa India Raih Lebih 100k Subscriber

Trending

Gemar Kongsi Resepi, Suri Rumah Berbangsa India Raih Lebih 100k Subscriber

Buat anda yang gemar menonton video masakan terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, pasti anda sudah mengenali saluran Youtube Sugu Pavithra yang merupakan antara saluran YouTube terkenal ketika ini.

Bermula hanya sekadar suka-suka, percaya atau tidak beliau kini sudah berjaya meraih pendapatan ribuan ringgit dalam masa 3 bulan sahaja daripada pihak YouTube dari hasil video masakan yang dimuat naiknya.

Advertisement

Perkara ini dibuktikan dalam video yang dikongsikan 3 minggu lalu, ketika beliau mendapat surat dari Google Adsense.

Walaupun, hanya menggunakan kamera telefon bimbit serta suntingan video yang minimal, Sugu Pavithra berjaya membuktikan penyampaian kemahiran memasak yang dimilikinya kepada penonton dengan ringkas dan berkualiti.

Menariknya Sugu Pavithtra yang merupakan seorang suri rumah  berasal dari Sungai Siput Perak amat fasih berbahasa Melayu.

Sugu Pavithra

Biarpun pada awal kemunculan video pertama iaitu ‘Cara memasak ikan bakar’ hanya mendapat lebih 300 tontonan sahaja, Sugu Pavithra tidak pernah berhenti berkongsi video masakannya dan aktiviti bersama keluarga, sehingga menjadikan salurannya kini  menjadi tontonan kegemaran pelbagai lapisan masyarakat.

Setakat ini saluran Youtube suri rumah ini sudah berjaya memiliki lebih dari 100K subcribers.

Youtuber

Video sangat ringkas dan bersahaja

Menarik mengenai perkongsiannya, dia hanya bertutur dalam bahasa melayu sahaja sepanjang rakaman biarpun ketika bercakap dengan keluarganya.

Selain itu, dia juga telah memperlihatkan kehidupannya yang sederhana sehingga membuatkan penonton sangat tertarik dengan penyampaiannya yang tidak dibuat-buat.

komen peminat Komen peminat komen peminat

komen peminat komen peminat komen peminat

Pastinya Sugu Pavithra ikhlas berkongsi ilmu masakannya kepada penonton sehingga mempunyai peminat yang ramai daripada pelbagai bangsa.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...