Bagi anda yang sangat sukakan cabaran, kini tidak payah susah-susah lagi untuk ke taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat untuk menikmati gelongsor terpanjang di dunia.
Terkini, Taman Tema Escape Pulau Pinang di Teluk Bahang akan memberikan anda semua kenikmatan menaiki gelongsor terpanjang di dunia sepanjang 1.140 kilometer yang akan dibuka kepada orang ramai pada Ogos ini.
Gelongsor dengan ketinggian 70 meter itu dijangka siap pada fasa ketiga ‘Gravity Play’, hujung bulan depan dan akan mengatasi rekod dunia 0.602km milik taman tema Action Park di Vernon, New Jersey, Amerika Syarikat pada 2015.
Glongsor itu yang dibina di kawasan bukit menghubungkan taman permainan ‘Adventure Play’ dan ‘Water Play’ dan wakil daripada Guinness World Records akan hadir untuk meneliti kelengkapannya sebelum memberi pengiktirafan dunia.
Setakat ini, Escape Pulau Pinang mempunyai lebih 40 tarikan utama termasuk meneroka terowong, memanjat pokok, “flying fox’ dan ‘kite flyers’ di “Adventureplay” dan “water slide”, “lazy river”, “speed racer” dan “waveball” di ‘Waterplay’.
Siapa agaknya yang berani cuba ni?
Sumber: Awani