Gelombang Ketiga Akan Berlaku Jika Rakyat Malaysia Masih Berdegil Patuhi Arahan

COVID-19

Gelombang Ketiga Akan Berlaku Jika Rakyat Malaysia Masih Berdegil Patuhi Arahan

Berdasarkan statistik terkini dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Itali kini mencatatkan hampir 3,000 kematian akibat COVID-19 menjadikan negara kedua paling tinggi selepas China. Manakala Indonesia merekodkan kematian tertinggi di Asean sebanyak 19 kes diikuti dengan Filipina sebanyak 14 kes.

Malaysia setakat ini mencatatkan dua kematian akibat COVID-19 namun angka mereka yang disahkan positif semakin meningkat setiap hari. Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri seolah-olah dipandang ringan oleh sesetengah pihak. Malah, ada yang masih tegar berada di kawasan awam seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Advertisement

Lockdown Malaysia

Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan diumumkan, ramai yang meminta supaya kerajaan mengumumkan perintah darurat atau ‘lockdown’ seperti yang berlaku di Itali pada masa ini. Sehinggakan ada yang bertanya, kenapa tidak ‘lockdown’ terus?

wuhan china

Perintah ‘lockdown’ bukanlah sesuatu yang boleh dilakukan dengan sambil lewa. Apabila berlakunya ‘lockdown’, satu sekatan pergerakan akan dilakukan oleh kerajaan bagi menghalang orang ramai memasuki atau meninggalkan sesuatu kawasan atau bangunan. ‘Lockdown’ juga bermaksud ianya akan menjejaskan sumber pendapatan mereka yang bekerja di sektor tertentu.

Tetapi tidak mustahil untuk kerajaan Malaysia mengumumkan ‘lockdown’ ini jika melihatkan pada perkembangan semasa kini. Orang ramai masih lagi tidak memandang serius dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan malah tidak menghormati kakitangan hospital yang kini bermati-matian memerangi wabak ini.

nurse pakai mask

Keadaan jururawat selepas memakai topeng muka terlalu lama

Bukan saja mereka perlu bekerja lebih masa tetapi bekalan topeng muka dan lain-lain juga semakin berkurangan akibat peningkatan kes yang semakin tinggi. Mereka juga terpaksa berjauhan dengan keluarga sepanjang operasi ini bagi mengelakkan jangkitan kepada keluarga sendiri.

Gelombang ketiga lebih dahsyat

Kegagalan rakyat Malaysia untuk mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan boleh menyebabkan gelombang ketiga wabak ini muncul pada bila-bila masa sahaja. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih lagi, jika kita mempunyai sikap ‘tidak kisah’.

covid-19

Di dalam Perutusan Khas COVID-19 semalam, Perdana Menteri berkali-kali meminta orang ramai untuk duduk di rumah sahaja dan tidak pulang ke kampung. Ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ibarat seorang guru yang sudah penat menasihatkan pelajar-pelajar yang masih berdegil. Pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan, beberapa peniaga di sebuah pasar masih tegar menjalankan perniagaan mereka. Ada juga yang masih keluar makan di tempat awam.

Baca: Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan, Orang Ramai Ingkar Penuhi Tempat Awam Seperti Biasa

Belajar daripada China

China merupakan negara di mana wabak ini mula menular pada Disember tahun lalu. Peningkatan drastik jangkitan wabak ini telah menyebabkan China ‘menutup’ Wuhan daripada sebarang interaksi dengan dunia luar. Rakyat Wuhan tidak dibenarkan keluar mahupun masuk untuk satu tempoh masa yang lama.

Semua lapangan terbang dan pengangkutan awam yang lain dihentikan serta merta bagi menghalang orang ramai keluar daripada Wuhan. Semuanya selepas mereka mendapati wabak ini mempunyai penyebaran yang sangat pantas antara satu individu kepada individu yang lain.

china

Langkah tersebut sedikit sebanyak membantu mengurangkan penularan wabak itu di mana kini China mengumumkan sudah mencapai puncak penyebaran di republik itu. Menurut seorang pakar respiratori terkenal China, penyakit berkenaan boleh dikawal sepenuhnya menjelang Jun nanti, jika semua negara mengambil pendekatan yang sama.

“Sekiranya semua negara mengambil langkah membendung wabak ini secara serius, penularan boleh ditamatkan dalam tempoh beberapa bulan lagi.”

Kes jangkitan COVID-19 di Wuhan dilaporkan mengalami penurunan selepas orang ramai mula mengasingkan diri mereka di rumah masing-masing dan mengikuti arahan yang dikeluarkan kerajaan. Itali yang merupakan kini negara kedua dengan kes paling tinggi sudah menjalankan perintah kuarantin selama 14 hari bagi membendung penularan wabak ini.

itali-covid-19

Keadaan hospital di Itali yang kini kekurangan katil pesakit

Itali merekodkan perubahan paling drastik dalam masa tiga minggu sahaja telah mencapai tahap 6 dan kini 35,713 orang sudah dijangkiti dengan wabak itu. Pada saat awal wabak ini dikesan di Itali, mereka merasakan ianya hanya simptom selsema yang biasa dan memandang ringan tentang hal tersebut.

Baca: COVID-19: Bagaimana Itali Berubah Dari Tahap 1 Ke Tahap 6 Dalam Masa Tiga Minggu Sahaja

Bagi membantu mengurangkan penularan wabak ini di Malaysia, kerjasama rakyat malaysia memainkan peranan yang sangat penting dalam hal ini. Untuk dua minggu ini sahaja, duduk lah di rumah dan patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan. Kita sama-sama bertanggungjawab untuk pastikan Malaysia bebas COVID-19.

Stay at home.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...