Gelinya, Tukang Cuci Keringkan Mop Guna Mesin Pengering Tangan Di Tandas Awam

Trending

Gelinya, Tukang Cuci Keringkan Mop Guna Mesin Pengering Tangan Di Tandas Awam

Sering kali kita lihat di setiap tandas awam menyediakan mesin pengering tangan bagi memudahkan pengguna mengeringkan tangan.

Rata-rata dari kita semua beranggapan bahawa mesin itu bersih. Tetapi sebaliknya ianya tidak.

Baru-baru ini tersebar gambar tukang cuci di sebuah pusat membeli-belah mengeringkan mop pada mesin pengering tangan.

Menurut pengguna Twitter yang telah memasukkan gambar tersebut sehingga tular, beliau tidak lagi mahu gunakan mesin pengering tangan selepas melihat kejadian ini di depan matanya.

Advertisement

Ini sangat tidak boleh diterima dan tidak bersih. Mop itu digunakan untuk membersihkan tandas.

Dah tegur cleaner itu dan dia akur tetapi benda dah jadi.

 

Setelah gambar tersebut tular di media sosial, ia telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata mereka mempersoalkan tentang isu kerbersihan ini.

Mesin pengering tangan ini memang kotor



Kajian buktikan mesin pengering tangan akan menambahkan kuman

 

Pengguna Twitter ini juga telah membuat aduan kepada pihak atasan diatas perkara yang berlaku.


Setelah mendapat respon, pihak syarikat telah memohon maaf kepadanya dan akan menyiasat agar kejadian seperti ini tidak lagi berulang.

Adakah anda semua sering menggunakan mesin pengering tangan? atau lebih memilih tisu kertas?

 

Sumber: Twitter

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...