Apa yang akan kita akan buat kalau perut kite meragam?? Sudah tentu lah kite akan ke tandas utk menunaikan “hajat”. Tetapi tidak bagi seorang pahlawan seni mempertahankan diri (MMA) yang bernama Travis Wolford. Travis atau nama gelaran sangkarnya “The Brown Bomber” telah mengejutkan ramai orang pihak terutama pesaingnya.
Perlawanan yang dipanggil “Ruckus in the Cage” ini telah diadakan di Beckley, West Virgina. Daniel Cooper merupakan pesaing bagi Travis pada hari yang menjadi “mimpi ngeri” kepada Travis sendiri.
Kepada mereka yang sedang makan atau hendak makan, disarankan supaya tidak memainkan video di bawah.
Seperti yang kita dapat lihat di dalam video diatas, Travis yang memakai seluar hitam melepaskan “hajatnya” di dalam sangkar sebaik sahaja kalah kepada Daniel yang mengenakan seluar putih. Perlawanan telah diberhentikan oleh pengadil setelah Travis mengaku kalah (Tap out) apabila tengkuknya dicekik oleh Daniel.
Jika dilihat dengan teliti, Travis telah pon menunaikan “hajat”nya ketika sedang dicekik oleh Daniel pada saat ke 0:10 di dalam video di atas. Apa yang lebih teruk lagi ialah, najisnya telah mencemari hampir separuh dari sangkar perlawanan.
Menurut Travis, dia telah pergi ke pesta cili (chili festival) yang diadakan di dalam bandar sebelum turun utk bertarung. Ada juga yang menyatakan bahawa nama gelaran “The Brown Bomber” adalah sangat tepat bagi Travis selepas insiden itu.
P/S: Kepada di luar sana tu, kalau dah tak tahan tu tak payah la tahan2 ya. Cepat2 la ke tandas utk menunaikan “hajat”. Sbb benda macam ni bukan sahaja memalukan kite, tapi menyusahkan orang lain pulak nanti.