Baru-baru ini, pempengaruh media sosial, Andika Putera sekali lagi dikecam netizen dek memuat naik satu video di laman Instagramnya yang memaparkan dirinya serta beberapa individu lain menggayakan penampilan ‘old money’.
Tubuhkan komuniti eksklusif ‘old money’
Orang ramai berasa terkejut apabila Andika memaklumkan komuniti eksklusif yang ditubuhkan itu telah meraih 300 pendaftaran dalam masa seminggu.
Dapat dilihat dalam hantaran yang dimuat naik, Andika serta tiga orang individu yang merupakan komuniti ‘geng old money’ itu berjalan dengan bergaya di ibu kota.
View this post on Instagram
Teruk dikecam netizen
Bahkan, dalam video itu, Andika turut perkenalkan ahli baru bernama Akmal yang hadir untuk menjalani sesi photoshoot gaya ‘old money’ di Kuala Lumpur.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengecam pempengaruh tersebut yang dianggap ‘syok sendiri’ dan merasakan gaya tersebut sama sekali tidak sesuai untuk mereka gayakan.