Gelaran Seperti ‘Ahli Keluarga’ Kepada Barisan Menteri Kini Jadi Bahan Usikan Netizen

Trending

Gelaran Seperti ‘Ahli Keluarga’ Kepada Barisan Menteri Kini Jadi Bahan Usikan Netizen

Di media sosial kini, usikan nakal daripada netizen kepada barisan menteri yang dianggap hero-hero negara dapat disaksikan sejak semalam lagi. Bagi mengikuti perkembangan terkini COVID-19 dalam negara, sidang media yang dijalankan setiap hari membuatkan orang ramai berasa cukup dekat dengan hero-hero ini.

Bagaikan sudah tahu dengan gelaran yang diberikan, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat sempat berseloroh mengenainya semasa sidang media semalam. Beliau yang digelar Pak Long Mail itu turut merujuk kepada Perdana Menteri yang digelar sebagai Abah.

Advertisement

Di Facebook juga, beberapa netizen cukup rajin membuat kompilasi khas kepada hero-hero negara ini dan ianya ternyata menghiburkan mereka yang lain. Selain barisan menteri, Ketua Pengarah Kesihatan iaitu Datuk Dr Noor Hisham juga turut tersenarai sebagai ‘ahli keluarga’ ini.

Kompilasi gambar

perdana menteri

ismail sabri

menteri kewangan

dr noor hisham

Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir juga turut tersenarai sebagai ‘ahli keluarga’ ini.

tun mahathir

Perkongsian di Facebook Ipoh Ipoh Ajer itu kini menerima lebih 1,000 perkongsian dengan hampir 100 komen. Nampaknya, rata-rata netizen cukup terhibur dengan kompilasi yang dilakukan ini. Walaupun ini hanya lah hiburan semata-mata, ramai yang meluahkan rasa hormat kepada barisan hero ini yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat.

facebook

Sama-samalah kita memberikan kerjasama yang terbaik untuk memastikan penularan COVID-19 masih lagi terkawal dalam negara. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan menteri yang membantu meringankan beban rakyat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...