Di media sosial kini, usikan nakal daripada netizen kepada barisan menteri yang dianggap hero-hero negara dapat disaksikan sejak semalam lagi. Bagi mengikuti perkembangan terkini COVID-19 dalam negara, sidang media yang dijalankan setiap hari membuatkan orang ramai berasa cukup dekat dengan hero-hero ini.
Bagaikan sudah tahu dengan gelaran yang diberikan, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat sempat berseloroh mengenainya semasa sidang media semalam. Beliau yang digelar Pak Long Mail itu turut merujuk kepada Perdana Menteri yang digelar sebagai Abah.
Kompilasi gambar
Tidak cukup dengan itu, Tun Dr Mahathir juga turut tersenarai sebagai ‘ahli keluarga’ ini.
Perkongsian di Facebook Ipoh Ipoh Ajer itu kini menerima lebih 1,000 perkongsian dengan hampir 100 komen. Nampaknya, rata-rata netizen cukup terhibur dengan kompilasi yang dilakukan ini. Walaupun ini hanya lah hiburan semata-mata, ramai yang meluahkan rasa hormat kepada barisan hero ini yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk rakyat.
Sama-samalah kita memberikan kerjasama yang terbaik untuk memastikan penularan COVID-19 masih lagi terkawal dalam negara. Terima kasih juga diucapkan kepada barisan menteri yang membantu meringankan beban rakyat.