Pelakon terkenal, Uqasha Senrose tampil menepis tuduhan yang mendakwa adik iparnya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, memperoleh gelaran Datuk melalui pembelian.
Dalam pertemuan bersama OhBulan!, Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Nik Sen, 33, menjelaskan bahawa Mohd Hafez merupakan seorang ahli perniagaan yang aktif menyumbang kepada masyarakat.
Sebenarnya yang dapat gelaran Datuk itu suami dia jadi secara tidak langsung dia jadi Datin.
Bila saya baca di media sosial, ramai yang beri tuduhan ada yang kata gelaran itu dibeli. Apa yang saya boleh cakap, suami dia memang seorang ahli perniagaan.
Adik ipar saya juga berdarah kerabat Terengganu. Selain itu, dia juga terlibat dengan projek pembangunan dan perumahan.
Uqasha memberikan kenyataan tersebut semasa majlis sidang media tayangan filem Munajjim Sekutu Iblis yang berlangsung di KLCC, Isnin lalu.
Apabila ditanya tentang perasaannya mengenai perkembangan itu, isteri kepada Kamal Adli itu menyuarakan rasa bangganya terhadap pencapaian adiknya, Nelydia.
Banggalah jadi Datin.
Terdahulu, Mohd Hafez menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Keputeraan Ke-66 Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.