Baru-baru ini, Istana Pahang telah mengumumkan bahawa mereka telah menarik balik dan membatalkan anugerah darjah kebesaran negeri, Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang diberikan kepada dua pelakon tanah air iaitu Farid Kamil dan Boy Iman.
Jelas pihak mereka, surat penarikan semula itu berkuat kuasa pada 1 Februari lalu. Selain mereka, terdapat tiga individu lain yang menerima nasib yang sama.
Tambahan lagi, penama itu tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan. Mereka juga perlu mengembalikannya kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang Negeri Pahang.