Gelaran Datuk Dipertikai : Farid Kamil Anggap Netizen Tiada Ilmu, Lebih Baik Diam

Hiburan

Gelaran Datuk Dipertikai : Farid Kamil Anggap Netizen Tiada Ilmu, Lebih Baik Diam

Umum mengetahui pelakon dan pengarah, Farid Kamil dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Walaubagaimanapun, ada netizen yang mempertikaikan penganugerahan tersebut dan bertanya apakah sumbangan Farid sehingga layak untuk bergelar Datuk?

Advertisement

Farid meminta netizen lebih baik diam daripada memberikan sebarang komen kerana mereka tidak ada ilmu tentang adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.

Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang. Saya berharap mereka (netizen) lebih baik diam.

Dalam pada itu, Farid yang merasa syukur atas pengurniaan darjah tersebut mengakui ia adalah detik paling berharga sepanjang beliau bergelar anak seni. Farid juga lebih bersemangat untuk terus aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.