Sebelum ini, bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil mempertahankan anaknya selepas ditegur oleh seorang jurulatih kecergasan, Tareq Fit mengenai saiz badan yang membimbangkan.
Hal yang membuatkan ramai kurang senang, termasuk Tareq Fit apabila bapa Abang Aji menggelar jurulatih berkenaan sebagai ‘warga asing’.
Bapa Abang Aji mengaku salah gelar ‘warga asing’
Sedar dikecam ramai susulan memanggil Tareq Fit dengan gelaran ‘warga asing’, bapa Abang Aji iaitu Redzuan Zainol tampil memohon maaf atas ketelajurannya.
Saya tak mengenali individu yang menasihati bang Aji. Saya tak tahu dia berasal daripada negara mana. Sebab tu saya sebut ‘warga asing’. Dengan ini saya nak memohon maaf atas kesilapan sebutan saya. Saya tak tahu sebutan tu salah.
@wan.belida.1 Ya allah kau ampunilah segala dosa dosa ku dan peminat2 bang aji #bangaji #fyp #fypシ゚viral #aniq ♬ bunyi asal – wan belida 1
Dalam pada itu, Redzuan turut menyesal dengan perbuatannya dan berasa sangat berdosa dengan kata-kata yang dikeluar daripada mulutnya.
Harap tak diperbesarkan isu ini
Saya rasa berdosa sebab telah mengguris hati seorang warga Arab. Orang Arab. Sorry.. tersasul sebut warga lagi. Saya harap saya diampunkan.
Susulan itu, dia berharap agar dirinya dimaafkan dan tidak perlu untuk memperbesarkan hal ini lagi.