Gelar Suami Dengan Panggilan “Bubu”, Netizen Ingat Mira Filzah Panggil Kucing

Hiburan

Gelar Suami Dengan Panggilan “Bubu”, Netizen Ingat Mira Filzah Panggil Kucing

Meskipun sudah tiga bulan menjalin hubungan sebagai pasangan suami isteri, pelakon Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar kini masih menjadi tumpuan netizen khususnya peminat dan pengikut pasangan berkenaan.

Advertisement

Mira yang kalah dalam semua kategori di Anugerah Bintang Popular BH Ke-33 (ABPBH33) tempoh hari dilihat seakan tidak lekang menjamu mata pengikutnya di laman sosial dengan berkongsi keharmonian rumah tangganya dan aktiviti harian bersama suami tercinta.

Terbaharu, dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Mira dikatakan tampil memuat naik video Instastory bagi menunjukkan Oufit Of The Day (OOTD) yang digayakan olehnya di hadapan cermin.

Namun, apa yang meraih tumpuan para netizen adalah panggilannya kepada suami iaitu ‘Bubu’ sehingga dirakam dan dikongsi kembali oleh seorang netizen di laman Twitter.

https://twitter.com/nieshrashidie_/status/1327944434365853696?s=21

Namun demikian, gelaran manja itu mula menjadi perdebatan warga maya sehingga ada yang menyatakan bahawa Bubu itu sama seperti nama kucing mereka dan juga alat untuk menangkap ikan.

Akan tetapi, wujud juga segelintir pihak yang turut mengakui bahawa mereka juga menggunakan panggilan yang sama kepada pasangan namun ia dieja dengan ‘Boo boo’ bukan ‘Bubu’ seperti yang mereka sangkakan.

Sehingga kini, perkongsian itu telah meraih ribuan tanda suka oleh para netizen di platform berkenaan, malah ramai juga yang menzahirkan rasa gembira melihat telatah Mira dan suami yang dikatakan sentiasa “sweet” dan manja ketika bersama.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...