Gelar Safawi Rasid Playboy, Syifa Melvin Tampil Sekolahkan Netizen

Hiburan

Gelar Safawi Rasid Playboy, Syifa Melvin Tampil Sekolahkan Netizen

Tampil mengingatkan segelintir pengikut di laman Instagram agar tidak menggelarkan pemain bola sepak muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, sebagai seorang playboy, pelakon dan usahawan Syifa Melvin akui mengenali sifat keperibadian lelaki tersebut.

Gelar Safawi Rasid Playboy, Syifa Melvin Tampil Sekolahkan Netizen

Advertisement

Menurut Syifa yang kini merupakan antara individu yang paling rapat Safawi, beliau tidak segan menegaskan lelaki tersebut merupakan seorang yang baik.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh Syifa kepada umum menerusi siaran langsung di laman Instagram (IG Live).

Gelar Safawi Rasid Playboy, Syifa Melvin Tampil Sekolahkan Netizen

“Tak payah la cakap dia playboy. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain. Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana.”

Sementara itu, Syifa juga bersuara dan mengingatkan orang ramai agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip liar yang pernah tersebar sebelum ini.

Gelar Safawi Rasid Playboy, Syifa Melvin Tampil Sekolahkan Netizen

“Disebabkan gosip-gosip bodoh dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang. Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri.”

Malah Syifa juga dilihat menyeru orang ramai agar sentiasa menilai diri sendiri dahulu sebelum melontarkan sebarang pendapat terhadap orang lain.

Gelar Safawi Rasid Playboy, Syifa Melvin Tampil Sekolahkan Netizen

“Jadi sebelum bercakap apa-apa, sila renungkan dekat diri sendiri.”

Terdahulu, Syifa menjadi tumpuan ramai apabila didakwa menjadi punca prestasi pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid merudum sehingga ditegur oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...