Tampil mengingatkan segelintir pengikut di laman Instagram agar tidak menggelarkan pemain bola sepak muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, sebagai seorang playboy, pelakon dan usahawan Syifa Melvin akui mengenali sifat keperibadian lelaki tersebut.
Menurut Syifa yang kini merupakan antara individu yang paling rapat Safawi, beliau tidak segan menegaskan lelaki tersebut merupakan seorang yang baik.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Syifa kepada umum menerusi siaran langsung di laman Instagram (IG Live).
“Tak payah la cakap dia playboy. Awak jaga dulu teman lelaki awak. Tu pun mana tahu dia baik di depan tapi keluar dengan perempuan lain. Mesej dengan perempuan lain. Kita jaga teman lelaki masing-masing okey. Saya dengan Safawi jadi saya tahu dia macam mana.”
Sementara itu, Syifa juga bersuara dan mengingatkan orang ramai agar tidak sewenangnya menilai Safawi berdasarkan gosip liar yang pernah tersebar sebelum ini.
“Disebabkan gosip-gosip bodoh dua tiga tahun lepas tanpa mengetahui apa-apa, awak semua boleh nilai orang. Itu menunjukkan bagaimana diri awak. Macam mana perangai awak. Bila kita bercakap mengenai orang lain sebenarnya kita bercakap pasal diri sendiri.”
Malah Syifa juga dilihat menyeru orang ramai agar sentiasa menilai diri sendiri dahulu sebelum melontarkan sebarang pendapat terhadap orang lain.
“Jadi sebelum bercakap apa-apa, sila renungkan dekat diri sendiri.”
Terdahulu, Syifa menjadi tumpuan ramai apabila didakwa menjadi punca prestasi pemain bola sepak JDT, Safawi Rasid merudum sehingga ditegur oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sumber: Gempak