Walaupun Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32) telah berlalu, masih ada lagi pelbagai perkara berkaitan majlis itu terus hangat diperkatakan di media sosial.
Antaranya adalah gurauan Datuk AC Mizal terhadap Elly Mazlein ataupun lebih mesra disapa Kak Lina yang mengundang kecaman netizen.
Rata-rata netizen menganggap lawak AC Mizal agak kasar apabila melabelkan rakan pengacaranya itu sebagai ‘used car’, ia seakan menghina status janda Elly. Tidak seharusnya untuk menjatuhkan maruah orang lain apatah lagi ketika program yang disiarkan secara langsung.
“Jahat AC Mizal panggil Kak Lina
‘used car’. Live satu Malaysia tengok.”
“AC Mizal siapa tak kenal? Cakap
main lepas.”
Respon Elly Mazlein
Walaupun AC Mizal menyifatkannya sebagai “kereta terpakai”, Elly sedikit pun tidak terasa hati dan menganggap isu tersebut hanya perkara kecil.
Kami puji sikap profesional Elly tetapi ia tidak bermakna lawak seperti ini diberi “lampu hijau”. Rasanya selepas ini tidak perlu untuk bergurau terlampau menyamakan seseorang seperti objek mahupun melibatkan fizikal seseorang.