Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Gelar Diri ‘[email protected] Mariam’ Kerana Minat Too Phat, Sherry Alhadad Bercita-Cita Jadi Penyanyi Ketika Waktu Kecil

Sherry Alhadad

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad baru-baru ini ada berkongsikan kenangan zaman persekolahannya dahulu yang agak melucukan.

Sherry AlhadadSumber : Instagram Sherry Alhadad  

Dia dilihat telah berkongsikan sekeping foto kad raya yang pernah diberikan kepada kawan baiknya ketika berusia 15 tahun.

Advertisement

Namun yang menarik perhatiannya adalah apabila Sherry telah menulis bahawa dia akan menjadi seorang penyanyi yang terkenal apabila sudah besar kelak.

Kenangan melucukan itu dikongsikan Sherry menerusi satu hantaran di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.

Dalam kad itu juga, Sherry memesan kepada rakannya agar melupakan kesalahan lama dan ikhlas membaca kad raya tersebut.

Pelakon drama The Maid itu juga menggelarkan dirinya sebagai ‘[email protected] Mariam’ kerana sangat meminati kumpulan rapper duo terkenal, Too Phat.

Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan memori yang disimpan setelah sekian lama oleh pelakon berbakat itu. Mana tahu boleh jadi penyanyi kan? Doakan yang baik-baik sahaja!

SUMBER : Instagram Sherry Alhadad
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    February 16, 2021 at 8:49 am

    cantiknye tulisan sheryy

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top