Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad baru-baru ini ada berkongsikan kenangan zaman persekolahannya dahulu yang agak melucukan.
Dia dilihat telah berkongsikan sekeping foto kad raya yang pernah diberikan kepada kawan baiknya ketika berusia 15 tahun.
Namun yang menarik perhatiannya adalah apabila Sherry telah menulis bahawa dia akan menjadi seorang penyanyi yang terkenal apabila sudah besar kelak.
Kenangan melucukan itu dikongsikan Sherry menerusi satu hantaran di laman Instagramnya untuk tatapan peminat.
View this post on Instagram
Dalam kad itu juga, Sherry memesan kepada rakannya agar melupakan kesalahan lama dan ikhlas membaca kad raya tersebut.
Pelakon drama The Maid itu juga menggelarkan dirinya sebagai ‘Sharifah@Phat Mariam’ kerana sangat meminati kumpulan rapper duo terkenal, Too Phat.
View this post on Instagram
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan memori yang disimpan setelah sekian lama oleh pelakon berbakat itu. Mana tahu boleh jadi penyanyi kan? Doakan yang baik-baik sahaja!