Gelar Diri ‘Daddy’, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong Setelah 4 Bulan Bercerai?

Hiburan

Gelar Diri ‘Daddy’, Cat Farish Kini Bercinta Dengan Shikin Maembong Setelah 4 Bulan Bercerai?

Penyanyi kumpulan Ruffedge, Cat Farish khabarnya sedang menjalinkan hubungan cinta bersama kakak kepada pelakon Emma Maembong, Shikin Maembong.

Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Cat ada menyambut hari kelahiran anak Shikin, Arianna Natasya yang ke-8 tahun baru-baru ini.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Farish (@catfarish)

Dalam hantaran tersebut, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli juga menggelarkan dirinya sebagai ‘daddy’ dan Shikin turut menggelarnya dengan panggilan yang sama di ruangan komen.

Shikin juga dilihat memuat naik foto mereka sekeluarga bersama Cat dan anak-anak ketika sedang menyambut hari jadi Arianna di Instagram.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang bertanyakan sama ada Shikin sudah bernikah dengan Cat namun hanya memberi respon meminta peminat untuk mendoakan yang terbaik.

Terdahulu, Cat telah bercerai dengan isteri, Suriani Hassan dengan talak satu.

Cat sebelum itu pernah bernikah dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada tahun 2016.

Hasil perkongsian hidup bersama Hartiny, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Miera Leyan IG Stories
2 years ago

"Kebenaran Pasti Terbukti, Jangan Nak Gila Glamour" - Miera Leyana

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...