Akhirnya, Fattah Amin dan Amira Othman sudah selesai diijabkabulkan di Gold Palm Spring, Sepang sebentar tadi.
Selepas selesai segala ucapan, pengacara Awal Ashaari dan Sissy Iman sempat meminta ucapan dari kedua-dua mempelai itu.
Kata Amira Othman,
Terima kasih doakan kami, semoga doa yang baik berbalik kat anda.
Ucap Fattah Amin pula,
Terima kasih buat Unifi yang buat secara live malam ini, buat klien-klien kami, buat keluarga saya keluarga Aira, satu malaysia yang menonton, teruskan berdoa, doa yang baik-baik semoga perkahwinan ini sampai ke jannah.
Apabila diminta untuk berucap untuk si isteri, lelaki itu berseloroh dan mengelak dengan berkata, “Tak apa, kita cakap dalam bilik la.”
Awal kemudian bertanya apa yang ingin dipanggil pada Amira selepas mereka sah menjadi suami isteri ini,
Saya dah ada praktis, ‘isteri syurga’. Dari kata-kata ianya akan jadi doa.
Terdahulu, pasangan ini selesai diijabkabul dengan sekali lafaz sahaja dengan mas kahwin seutas rantai emas tunai.