‘Gelang Putih’ Disorok Warga Asing Berjaya Ditahan Penguatkuasa

COVID-19

‘Gelang Putih’ Disorok Warga Asing Berjaya Ditahan Penguatkuasa

Ketika pandemik Covid-19 melanda negara, kita diwajibkan untuk berada di rumah dan tidak digalakkan keluar jika tiada urusan yang penting.

Selasa lalu, seramai tiga warga asing yang gagal memakai tag kuarantin Covid-19 dan menyembunyikan gelang tersebut dengan memakai jam tangan berserta baju lengan panjang ditahan pihak polis.

Advertisement

Superintendan Hussin Zamora selaku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berkata, tiga warga asing yang terdiri daripada dua warga India dan seorang warga Bangladesh berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun ditahan di kawasan rumah kedai sekitar Taman Kota Jaya. Ketiga-tiga warga asing berkenaan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

covid19

“Majikan warga asing tersebut juga telah diambil tindakan kompaun di bawah peraturan 22(b) Akta 342 kerana gagal mengawal selia pekerja di bawah pengawasan kuarantin di rumah (HSO)”.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020. Tambahnya, pihak polis turut memberi amaran keras dan tidak akan berkompromi dengan individu yang melanggar SOP yang telah ditetapkan.

“Operasi seumpama ini tetap akan dijalankan di tempat-tempat awam melalui pemantauan pasukan Task Force Covid-19 Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Tinggi”.

Sumber

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...