Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

COVID-19

Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

Siapa sangka disebalik kepayahan menghadapi pandemik COVID-19 ini, ada sesuatu hikmah yang lebih baik berlaku untuk kisah gelandangan ini. Seorang gelandangan yang muncul di dalam berita di stesen televisyen TV3 berjaya disatukan semula dengan keluarganya yang terpisah sejak 20 tahun lalu.

Untuk makluman, kerajaan kini menyediakan penempatan khas buat gelandangan di beberapa buah pusat komuniti supaya bantuan kepada mereka lebih mudah untuk disalurkan selain keselamatan yang lebih terjamin. Kisah berkaitan gelandangan ini telah mendapat liputan yang meluas daripada pengamal media agar nasib golongan ini terus terbela.

Advertisement

Kisah ‘jejak kasih’ gelandangan ini bermula apabila gelandangan tersebut muncul di dalam Buletin Utama ketika diwawancara mengenai nasib gelandangan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat. Menerusi paparan berita itu, keluarga gelandangan tersebut yang menonton menemui semula ahli keluarga mereka yang terpisah.

Perkongsian yang dikongsikan di Twitter milik Mohd Faizal Hassan ini memaparkan perbualan daripada ahli keluarga tersebut. Dilaporkan gelandangan tersebut berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 berkemungkinan kerana mencari pekerjaan. Namun, selepas itu mereka terpisah hubungan dengan ahli keluarga mereka ini sehinggalah kini.

Keluarga tersebut kemudian memulakan pencarian dengan menggunakan media sosial untuk mendapatkan maklumat mengenai ahli keluarga mereka itu. Mereka akhirnya berjaya menghubungi gelandangan tersebut di atas bantuan beberapa pihak. Turut dimaklumkan, gelandangan tersebut akan pulang semula ke kampung yang terletak di Johor selepas tamat PKP ini.

Sebelum ini dilaporkan kira-kira 800 gelandangan akan ditawarkan pekerjaan selepas tamat tempoh PKP ini. Mereka juga akan diberikan latihan dan menjalani kursus sebagai persediaan sebelum diberikan pekerjaan. Untuk baca artikel penuh, klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: 800 Gelandangan Ditawarkan Kerja Usai Perintah Kawalan Pergerakan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...