Gelandangan Sudah Diberi Kerja, Namun Malas Dan Enggan Meneruskan Kerja – Menteri Wilayah Persekutuan

Trending

Gelandangan Sudah Diberi Kerja, Namun Malas Dan Enggan Meneruskan Kerja – Menteri Wilayah Persekutuan

Soup Kitchens ialah sebuah badan bukan kerajaan yang sering mengagihkan makanan percuma untuk gelandangan di pusat bandar.

Kini, Soup Kitchens tidak lagi dibenarkan untuk beroperasi dalam radius 2km dari Lot 10, yang meliputi satu kawasan besar pusat bandar, berkuatkuasa serta merta, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Advertisement

Katanya dalam satu sidang media:-

Aktiviti seperti ini hanya menggalakkan gelandangan untuk terus bergelandangan dan tidak bekerja. Sudah ramai gelandangan yang kami dapatkan kerja, yang kemudiannya kembali sebagai gelandangan kerana kata mereka jadi gelandangan lebih senang.

Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.

Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak dua kilometer dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.

pix_gal1

Dia menambah yang sesi memberi makanan juga menyebabkan sampah dibuang merata-rata dan akibatnya menarik haiwan yang membawa penyakit.

Kita sudah ada semua jenis masalah berkaitan sampah di bandaraya dan membelanjakan RM 90 juta setahun untuk membersihkannya. Saya tidak lihat tindakan ini sebagai keras, cuma perlu dilakukan untuk mendidik masyarakat berdisiplin.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.

Beliau juga mengakui tindakan itu akan menyebabkan masyarakat tidak berpuas hati akan tetapi menegaskan ia adalah demi kebaikan.

Saya tahu orang tidak gembira tapi percayalah ini untuk kebaikan. Jangan tempelak saya, tuduh saya bukan Islam kerana halang orang bagi sedekah.

Kalau sedekah ada caranya, kita ada masjid, majlis agama Islam. Kalau bukan Islam di gereja, kuil bagi saja dan mereka akan agihkan.

Tegasnya, mana-mana pihak atau individu yang ingin bersedekah boleh menggunakan saluran seperti pusat pungutan zakat, majlis-majlis agama atau persatuan berkaitan untuk tujuan itu.

Pada masa sama, beliau menegaskan DBKL juga tidak akan memberi muka kepada kegiatan peminta sedekah.

Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakkan peminta sedekah bukan merupakan warga Malaysia.

Malah, pengemis asing di ibu negara didapati mampu tinggal di hotel tiga bintang menggunakan hasil sumbangan orang ramai.

Beliau berkata maklumat itu didapati hasil siasatan beberapa agensi kerajaan ke atas golongan pengemis di bandar raya ini.

Oleh kerana itu, kerajaan memutuskan untuk mengambil tindakan tegas ke atas pemberi sedekah bagi memastikan sumbangan wang itu benar-benar diberikan kepada golongan yang memerlukan, katanya.

Kerana itu dalam masa satu atau dua minggu kita akan buat standard prosedur penguatkuasaan dengan mengenakan bayaran saman kepada pemberi sedekah.

Katanya pihaknya akan mengeluarkan resit denda berjumlah RM 150 disertakan dengan nombor bersiri dan ia perlu dibayar serta-merta.

Ini semua salah pembangkang suka putar belitkan kenyataan saya kata saya tidak Islamik hey… nak bagi sedekah bukan cara tepi jalan.

Tambahnya lagi, pembersihan peminta sedekah turut dilakukan negara Islam seperti Mekah dan Madinah dan kini apa yang berlaku di sana terjadi di sini, di kompleks beli belah Pavillion dan Starhill.

Laporan asal: The Star, The Malaysian Insider, BERNAMA via Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...