Gelandangan Dapat Berbuka Puasa Bersama ‘Keluarga’ Antara Hikmah PKP Ketika Ramadan Ini

Kehidupan

Gelandangan Dapat Berbuka Puasa Bersama ‘Keluarga’ Antara Hikmah PKP Ketika Ramadan Ini

Nasib gelandangan antara yang terbela semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan sejak 18 Mac yang lalu. Kerajaan telah menempatkan semua gelandangan di pusat kuarantin yang ditetapkan bagi membendung penularan wabak COVID-19. Sekaligus, ianya sedikit sebanyak telah membantu golongan gelandangan melindungi diri mereka daripada jangkitan wabak ini.

Pastinya Ramadan kali ini sedikit berbeza terutamanya untuk golongan gelandangan di ibu kota yang ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur. Kali ini mereka meraikan bulan Ramadan bersama-sama ‘keluarga’ baru di pusat kuarantin tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Advertisement

Berbuka puasa bersama-sama

gelandangan

Menerusi perkongsian gambar di Facebook ini, golongan gelandangan di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur berbuka puasa bersama rakan-rakan baru di pusat kuarantin. Mereka juga turut kelihatan duduk makan bersama-sama semasa menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan.

gelandangan

gelandangan

gelandangan

Hikmah PKP

Rata-rata netizen turut bersyukur apabila melihat nasib golongan gelandangan ini terbela di sepanjang tempoh PKP ini. Bukan sahaja mereka diberikan tempat penginapan malah makan dan minum juga turut terjaga terutamanya semasa bulan Ramadan ini.

komen facebook

Usaha murni kerajaan dalam membantu golongan gelandangan adalah sesuatu yang harus diberikan pujian. Para netizen juga mendoakan agar para gelandangan ini akan mendapat kebaikan sepanjang berada dalam pusat kuarantin yang boleh dibawa keluar apabila pendemik ini berakhir.

Sebelum ini, salah satu hikmah di sebalik tempoh PKP yang berlaku adalah apabila seorang gelandangan berjaya disatukan semula dengan keluarganya yang terpisah sebelum ini. Gelandangan tersebut yang muncul di televisyen membuatkan keluarganya kembali mencarinya semula yang terpisah sejak tahun 1996 lagi.

Artikel berkaitan: Gelandangan Terpisah Dari Keluarga Sejak Tahun 1996 Berjaya Ditemukan Semula Selepas Muncul Dalam Berita TV3

Kredit foto: Wilayahku

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...