Setiap orang pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan dalam diri masing-masing. Jangan hanya disebabkan kekurangan seseorang itu orang lain memandang rendah tanpa melihat kelebihan yang dimiliki.
Hal ini berkait dengan satu video yang tular di Twitter menerusi akaun @amer_aljeffrey dimana seorang penyampai radio memberi reaksi kepada seorang wanita yang dipercayai merupakan seorang guru.
https://twitter.com/amer_aljeffrey/status/1362578016639979521
Reaksi lelaki berkenaan melalui video tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada warganet kerana dia mentertawakan cara guru tersebut bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan guru tersebut bercakap dalam Bahasa Inggeris seperti itu bertujuan untuk mengajar murid sekolah rendah. Jadi, dia perlu menyebut satu-satu perkataan supaya lebih jelas dan mudah difahami.
Video yang raih lebih 100,000 tontonan di Twitter itu menjadi bualan hangat warganet sekaligus memberi kecaman yang hebat kepada penyampai radio berkenaan.