Gelagat Rakan Tidur Duduk Ketika Layan Movie Virtual Bersama

Trending

Gelagat Rakan Tidur Duduk Ketika Layan Movie Virtual Bersama

Seperti yang kita tahu, keadaan pandemik Covid-19 di negara kita masih belum pulih sepenuhnya malah angka kes positif juga boleh dikatakan masih tidak kurang dengan ketara.

Disebabkan itu, kita masih perlu untuk stay at home supaya wabak penyakit ini dapat dibendung dengan lebih segera. Ia juga demi menjaga keselamatan dan kesihatan diri kita sendiri serta keluarga.

Advertisement

3 years ago

“Menteri Tak Ikut SOP Punca Rakyat Tidak Percaya PKP”- Khairy Jamaluddin

Namun begitu, pasti ramai yang sudah mula bosan berada di rumah kerana tidak dapat melakukan aktiviti luar dan berjumpa dengan rakan-rakan.

Salah satu contoh inisiatif yang ramai lakukan supaya dapat luangkan masa bersama rakan-rakan adalah dengan menonton filem atau movie bersama melalui kaedah virtual.

Rakan tak dapat tahan mengantuk ketika menonton movie dengan selambanya tidur duduk buat rakan-rakan ketawa

Tular baru-baru ini di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama fyyaah yang memaparkan sekumpulan gadis sedang meluangkan masa bersama dengan menonton movie secara virtual.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan sekumpulan gadis sedang menonton filem genre seram menggunakan kaedah video call bersama.

Pada mulanya semua kelihatan bersemangat dan tidak sabar untuk menonton filem tersebut. Namun, apa yang menjadi tumpuan ramai penonton video tersebut adalah apabila salah seorang daripada mereka dilihat sudah mengantuk di pertengahan movie itu.

Lebih melucukan, dia beberapa kali dilihat cuba untuk menahan rasa mengantuk itu tetapi tidak berjaya apabila akhirnya dia tertidur secara menegak walaupun dalam keadaan duduk. Situasi tersebut telah mengundang ketawa rakan-rakannya yang lain.

“Lah tidur ke, ingat sakit perut hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 251.7 ribu tontonan, 30.6 ribu tanda like dan 378 komen. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat selamba gadis tersebut tidur ketika sedang menonton filem bersama.

Rakan tidur semasa tonton filem bersama

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berkongsi mempunyai pengalaman yang sama seperti kumpulan gadis tersebut. Lebih mencuit hati, yang mengaku mempunyai perangai sama seperti gadis yang tidur tersebut pun ada.

Ramai juga yang bertanyakan kepada pengguna yang berkongsi video tersebut tentang platform dan aplikasi yang digunakan oleh mereka untuk menotnon filem bersama-sama tersebut.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...