Gelagat Pekerja McD Menari Atas Bumbung Raih Tumpuan Ramai

Trending

Gelagat Pekerja McD Menari Atas Bumbung Raih Tumpuan Ramai

Tular sebelum ini tentang gelagat seorang pekerja restoran makanan segera dengan nama besar iaitu McDonald’s (McD) yang dilihat sedang menari ketika menghantar pesanan makanan kepada pelanggan di dalam kereta.

Pernahkah kita terfikir, mungkin itu merupakan salah satu cara pekerja-pekerja di premis makanan ini untuk berhibur sedikit setelah penat bekerja.

Advertisement

3 years ago

Pekerja McD Raih Tumpuan, Menari Hiburkan Anak Pelanggan

Kita sudah biasa berurusan dengan pekerja-pekerja ini di kaunter sahaja, namun mereka juga memerlukan waktu untuk bergembira dalam kesibukan bekerja kan?

Gelagat sekumpulan pekerja McD menari di atas bumbung restoran sempat dirakam oleh pelanggan drive thru

Baru-baru ini tular pula sebuah perkongsian video di laman TikTok oleh seorang pengguna bernama anishioo yang memaparkan gelagat sekumpulan pekerja McD menari di atas bumbung ketika dia sedang menunggu giliran di laluan drive thru.

Dalam perkongsian video tersebut, pekerja-pekerja McD itu dilihat sedang seronok menari dan melompat dengan bersungguh-sungguh.

Difahamkan, gelagat mereka tersebut adalah kerana mereka sedang merakam video menggunakan platform TikTok untuk memasuki satu pertandingan antara cawangan McD.

Tidak salah pun kan mereka hendak menari tu? Selain dapat menghilangkan stres bekerja, mereka juga harus dipuji kerana sporting mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan oleh tempat bekerja.

“Ingatkan kena denda”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.3 juta tontonan, 156.6 ribu tanda like dan 3.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat pekerja-pekerja McD itu bersungguh-sungguh berlatih.

Pekerja McD menari

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Pekerja McD menari

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang sempat berkongsi pengalaman mereka ketika bekerja yang pernah melakukan perkara seperti itu juga kerana mahu menghilangkan tekanan ketika bekerja serta menghiburkan diri.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan yang mereka ingat sekumpulan pekerja McD itu sedang didenda kerana masuk kerja lambat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...