Gelagat Lucu Sekumpulan Lelaki Ini Buat Netizen Ketawa

Trending

Gelagat Lucu Sekumpulan Lelaki Ini Buat Netizen Ketawa

Seperti yang kita tahu, wabak pandemik Covid-19 yang melanda negara kita masih belum dapat dibendung sepenuhnya dan jumlah kes jangkitan harian masih lagi agak membimbangkan.

Disebabkan itu, beberapa negeri dalam negara kita masih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama.

Advertisement

Pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga masih aktif menjalankan operasi untuk mencegah rakyat daripada melanggar SOP yang telah ditetapkan.

3 years ago

“Menteri Tak Ikut SOP Punca Rakyat Tidak Percaya PKP”- Khairy Jamaluddin

Walaupun telah dikeluarkan kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentang kemudahan yang diberikan kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap, namun mereka tidak boleh sewenang-wenangnya berkumpul tanpa mematuhi SOP.

Sekumpulan lelaki bergegas menyembunyikan diri selepas melihat kehadiran polis peronda

Tular baru-baru ini di laman Twitter, sebuah perkongsian video daripada pengguna media sosial tersebut yang memaparkan aksi lucu sekumpulan lelaki di sebuah perkarangan rumah.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan beberapa orang lelaki sedang leka melepak di sebuah perkarangan rumah dan secara tiba-tiba menjadi panik apabila ternampak kereta polis sedang meronda di kawasan perumahan mereka.

Apa yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila mereka dilihat berlari untuk menyorok supaya tidak dapat dilihat oleh polis yang meronda tersebut.

Lebih melucukan, aksi beberapa orang daripada mereka yang bergegas lari dan terus meniarap di atas lantai sambil berhati-hati memerhatikan kereta polis peronda yang lalu itu. Siap ada salah seorang daripada mereka yang terus menggelongsorkan badan untuk meniarap.

Auto jadi biawak komodo member tu”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 282 ribu tontonan, 12.5 ribu retweet dan 14.9 ribu tanda like.

Rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat gelagat sekumpulan lelaki tersebut yang lebih kurang sama gayanya dengan aksi tentera sedang berlatih.

Sekumpulan lelaki menyorok daripada polis

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Twitter

 

Sekumpulan lelaki menyorok daripada polis

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via Twitter

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan aksi mereka yang terus meniarap itu kelihatan seperti biawak komodo.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan kumpulan lelaki tersebut ketika mereka belajar di asrama dan cuba menyorok daripada warden.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...