Gelagat Lelaki Tiru Gaya Bapa-Bapa Ketika Hujung Minggu

Trending

Gelagat Lelaki Tiru Gaya Bapa-Bapa Ketika Hujung Minggu

Tidak dinafikan, setiap bapa pastinya mempunyai perangai yang membuatkan kita selau ingat kerana ianya mungkin lucu atau menghiburkan. Ya lah mana tidaknya, ada sahaja perangai bapa kita ni kan?

Kalau bercakap tentang gaya bapa-bapa di rumah, mesti ramai yang cukup kenal dengan perangai bapa sendiri yang kadang-kadang sama dengan bapa yang lain.

Advertisement

4 years ago

(VIDEO) Gelagat Bapa Tak Boleh Berenggang Dengan Kerepek Buat Netizen Terhibur!

Kebiasaannya, pada waktu hujung minggu lah masanya untuk bapa-bapa sibuk memeriksa apa yang rosak di rumah dan menggantikannya.

Bukan itu sahaja, banyak lagi lah aktiviti yang sering bapa kita lakukan bila tibanya waktu hujung minggu. Biasalah kan perangai bapa-bapa, memang tidak boleh duduk diam kerana cepat bosan.

Ramai terhibur dan dapat relate dengan gelagat lelaki ini melakonkan semula gaya bapa-bapa pada hujung minggu

Baru-baru ini tular di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna yang memaparkan seorang lelaki melakonkan semula gelagat bapa-bapa apabila tibanya hujung minggu.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan lelaki itu meniru gaya bapa-bapa melakukan aktiviti pada hujung minggu. Antara aktiviti yang dilakonkan semula ialah memeriksa lampu di rumah sekiranya ada mentol yang perlu ditukarkan.

Antara gelagat lelaki itu yang menghiburkan ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila lakonan dia meniru gaya bapa-bapa menerjah masuk bilik anak-anak untuk memeriksa lampu.

Bukan itu sahaja, lelaki itu kemudiannya melakukan aktiviti mengemas rumah dengan gaya yang selalu dilakukan golongan bapa-bapa.

Lebih mencuit hati, kesemua gaya yang dilakonkan semula oleh lelaki itu sememangnya sama dengan yang selalu dilihat pada setiap bapa ketika mereka mengemas rumah.

Time kita syok tidur lah dia nak check lampu”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 848.5 ribu tontonan, 143.5 ribu tanda like dan 2.8 ribu komen. Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat lelaki itu meniru gaya bapa-bapa ketika hujung minggu.

Lelaki tiru gaya bapa-bapa

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Lelaki tiru gaya bapa-bapa

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang boleh relate dengan aksi lakonan lelaki itu kerana gaya bapa-bapa yang ditiru sememangnya typical gaya bapa kita apabila tibanya hujung minggu.

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan golongan bapa pasti akan menjadi kelam kabut menjelang hujung minggu dengan terlalu menyibukkan diri melakukan aktiviti rumah.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...