Gelagat Lelaki Ini Mop Jalan Basah Buat Netizen Terhibur

Trending

Gelagat Lelaki Ini Mop Jalan Basah Buat Netizen Terhibur

Seperti yang kita tahu, cuaca di negara kita boleh dikatakan tidak menentu sejak kebelakangan ini kerana ada kalanya akan hujan lebat yang berterusan sehingga menyebabkan beberapa kawasan banjir. Tidak dinafikan, banjir merupakan satu perkara yang tidak asing lagi bagi kita.

Kejadian banjir ini sememangnya antara kejadian yang sering berlaku dalam negara kita sehinggakan masyarakat yang tinggal di kawasan terlibat dengan banjir pastinya sudah bersedia apabila tibanya musim banjir ini.

Advertisement

3 years ago

Lapan Sekeluarga Terperangkap Enam Jam Dalam Banjir

Faktor-faktor yang sedikit sebanyak meningkatkan kebarangkalian kejadian banjir ini kerap berlaku adalah seperti pembangunan yang tidak terancang, sistem perparitan yang tidak diselenggara dengan baik, perubahan iklim serta aktiviti pembalakan yang giat dilakukan.

Gelagat lucu seorang lelaki sedang mop di tepi jalan raya yang basah

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama @faarhanaziz yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang dilihat sedang mop di tepi jalan raya basah.

Dalam perkongsian video tersebut, pengguna laman sosial itu sedang berkongsikan keadaan di sekitar jalan raya yang dilihat basah mungkin disebabkan hujan lebat yang turun sebelum itu. Sedang asyik dia menunjuk keadaan jalan yang basah tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki berdiri di tepi jalan raya itu.

Apa yang membuatkan ramai penonton terhibur melihat perkongsian video tersebut adalah apabila lelaki itu dilihat sedang mengeringkan jalan raya yang basah itu menggunakan mop seolah-olah ianya dapat membantu mengeringkannya.

Lebih melucukan, tindakannya mengemop jalan raya basah itu dilihat seperti satu usaha yang sia-sia kerana keadaan hujan renyai yang turun pada ketika itu.

“Ya Allah, siapa yang sakitkan abang ni?”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 395 ribu tontonan, 30 ribu tanda like dan 970 komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur dan berdekah melihat gelagat lelaki itu mengemop jalan raya yang basah.

Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya Lelaki mop jalan raya

Lelaki mop jalan raya

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang sempat berseloroh bertanyakan kepada pengguna laman sosial tersebut sama ada lelaki itu sudah selesai mengeringkan jalan raya basah tersebut dengan mop sehingga ke hari ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...