Gelagat Joey Tiba-Tiba Muncul Waktu Watie Rakam Video Buat Ramai Terhibur

Hiburan

Gelagat Joey Tiba-Tiba Muncul Waktu Watie Rakam Video Buat Ramai Terhibur

Ramai selebriti dilihat tidak ketinggalan menggunakan aplikasi TikTok sebagai platform untuk menghiburkan peminat termasuklah pelakon dan penyanyi, Watie Elite dan Joey Daud.

Kumpulan Elite
3 years ago

Didakwa Makin Renggang Kerana Tidak Sertai GV5 Bersama Elite, Watie Tampil Perjelas Situasi Sebenar

Advertisement

Baru-baru ini, pengguna aplikasi TikTok dihiburkan dengan gelagat lucu Watie dan suaminya Joey ketika anggota kumpulan Elite itu sedang merakam video untuk aplikasi tersebut.

Menerusi perkongsian tersebut, kelihatan dia sedang merakam video sambil membuat pergerakan tangan namun tiba-tiba muncul suaminya dibelakang yang mengacaunya.

Gelagat Joey itu bukan sahaja mengundang ketawa Watie sendiri malah peminat dan netizen juga turut ketawa melihat aksi lucu pelawak tanah air itu.

Perkongsian video tersebut kini sudah memasuki ruangan fyp di TikTok dan telah mengundang rasa teruja ramai peminat yang menonton gelagat mereka.

Setakat ini rakaman pasangan selebriti tersebut ditonton hampir 500,000 kali, meraih 40,000 ribu tanda suka beserta ratusan komen.

Kebanyakan netizen di ruangan komen perkongsian itu bukan sahaja terhibur dengan gelagat mereka berdua malah mereka cukup tertarik dengan kecantikan Watie apabila wajah awet muda pelakon dan penyanyi itu dibanjiri dengan pujian ramai.

Komen Tiktok Watie & Joey

Sekadar info, nama sebenar pelakon dan penyanyi itu ialah Norwati binti Sadali dan kini berumur 45 tahun manakala suaminya Joey pula bernama Zulkifli bin Daud dan juga berumur 45 tahun.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...