Gelagat Haiwan Menjadi Pelik Ketika Gerhana Matahari Anulus Berlaku Pada Waktu Kemuncak

Trending

Gelagat Haiwan Menjadi Pelik Ketika Gerhana Matahari Anulus Berlaku Pada Waktu Kemuncak

Gerhana Matahari Anulus yang berlaku di seluruh dunia semalam sangat jarang berlaku dan kali terakhir adalah pada tahun 1998. Bagi mereka yang terlepas untuk menyaksikannya semalam, anda hanya boleh saksikannya semula 22 tahun akan datang.

Baca: Gerhana Matahari Anulus Bakal Muncul Disember Ini Selepas Tahun 1998

Advertisement

Sekumpulan pelajar dari Fakulti Alam Bina dan Ukur Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah melakukan pemerhatian pada haiwan di zoo terletak di Johor, semasa gerhana ini berlaku. Mereka memerhatikan gelagat haiwan ini sebelum dan selepas gerhana muncul.

Ular menjadi pilihan untuk dilakukan pemerhatian kerana sifat haiwan itu yang sensitif terhadap perubahan alam. Berdasarkan pemerhatian, haiwan itu bergerak sekali sekala sebelum waktu kemuncak gerhana dan tidak bergerak pada waktu kemuncak.

Monyet menjadi diam

monyet

Gambar hiasan

Selain daripada ular, mereka turut melakukan pemerhatian pada monyet, sekumpulan rusa, seladang, gajah, harimau dan singa.  Pemerhatian ini dilakukan oleh pelajar-pelajar tersebut pada 9 pagi dan kemudian ditumpukan pada waktu kemuncak gerhana kira-kira jam 1.20 tengahari. Kemudiannya diteruskan sehingga gerhana berakhir pada jam 3.20 petang.

“Monyet dilihat agresif pada sebelah pagi tadi sebelum diam pada waktu kemuncak gerhana.” 

“Sekumpulan rusa berada dalam kawanan ketika kemuncak gerhana itu berbanding sebelumnya.”

Selain merekodkan pergerakan kesemua haiwan itu, mereka turut merekodkan kelajuan angin dan suhu dengan menggunakan alat anemometer. Menurut Pensyarah kanan Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM, Dr Othman Zainon, ini bukanlah kali pertama mereka melakukan pemerhatian pada haiwan ketika gerhana.

Pada 9 Mac 2016, mereka telah lakukan pemerhatian pada sekumpulan rusa ketika Gerhana Matahari Separa berlaku. Ketika kemuncak Gerhana Matahari Separa itu, sekumpulan rusa didapati panik dan berada dalam kumpulan kawanan mereka.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...