Gelagat Gadis Seronok Main Skuter Sambil Pakai Telekung

Trending

Gelagat Gadis Seronok Main Skuter Sambil Pakai Telekung

Seperti yang kita tahu, telekung adalah kain atau pakaian yang digunakan oleh kaum wanita ketika menunaikan solat. Wanita dan telekung ini sememangnya berpisah tiada, hari-hari mesti perlu gunakan untuk solat kan?

Tidak dinafikan, ada sesetengah wanita yang sangat gemar untuk memakai telekung walaupun bukan ketika solat kerana mereka merasa selesa memakainya. Lebih-lebih lagi sekarang ini, sudah banyak telekung yang dibuat menggunakan kain yang sangat selesa dan premium.

Advertisement

6 years ago

Ariani Didakwa Langgar Hak Cipta, Mahkamah Arah Bayar Ganti Rugi Kepada Siti Khadijah

Disebabkan itu, sudah ramai sekarang ini yang memakai telekung bukan sahaja ketika menunaikan solat tapi pada masa lain juga. Seperti contoh, ada yang memakai telekung untuk menutup aurat semasa ingin mengambil barangan di luar rumah.

Adik perempuan selamba main skuter sambil memakai telekung di depan rumah

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama luqmanhaziq124 yang memaparkan gelagat seorang gadis bermain skuter sambil memakai telekung di depan rumah.

Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan seorang gadis sedang seronok bermain skuter menuruni bukit di depan rumahnya. Gelagat dia bermain skuter itu dirakam oleh abangnya.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila adik lelaki tersebut bermain skuter sambil memakai telekung berwarna putih.

Lebih melucukan, gadis itu dilihat seperti kelibat putih yang menyeramkan sedang berterbangan kerana pergerakannya sangat laju disebabkan dia menggunakan skuter dan menuruni bukit.

“Kalau jumpa ni auto terkencing + 10 hari tak tidur malam hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 1.7 juta tontonan, 220.6 ribu tanda like dan 5.9 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa terhibur bercampur seram melihat gelagat adik lelaki tersebut.

Adik perempuan main skuter pakai telekung

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Adik perempuan main skuter pakai telekung

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang mereka pastinya akan terkencing dan tidak tidur malam jika terserempak dengan adik lelaki tersebut yang sebegitu.

Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman mereka berada dalam situasi yang sama iaitu berjumpa dengan orang yang menaiki skuter sambil memakai telekung.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...